SUKAN
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Brendan Gan. - Foto Astro ARENA
BEKAS bintang Selangor, Brendan Gan, tidak berhasrat pulang ke Malaysia apabila difahamkan diberi peranan baru oleh kelab Australia, Sutherland Sharks.
Tonggak tengah Harimau Malaya itu bergabung semula dengan kelab zaman remajanya itu selepas berpindah keluar daripada Kuala Lumpur (KL) City secara percuma.
Kemas kini laman transfermarkt menunjukkan pemain berusia 37 tahun itu mencatatkan lapan penampilan bersama Sharks setakat ini.
Menerusi perkembangan terbaru, Brendan Gan diberi tanggungjawab memantau program pembangunan kelab itu untuk melahirkan lebih ramai pemain muda berbakat.
Namun, belum ada pengesahan rasmi daripadanya berkenaan status selaku pemain.
Sekiranya dia belum mengumumkan persaraan, ini bermakna Brendan Gan boleh terus bermain, dalam masa sama menggilap bakat baharu menerusi program pembangunan kelab.
Ia, sekali gus menutup spekulasi berhijrah ke Kuching City seperti laporan Stadium Astro sebelum ini.