Brendan Gan sedia lepas kerakyatan Australia demi Liga Malaysia

Astro Arena
November 27, 2013 03:19 MYT
Brendan Gan sedia melepaskan kerakyatan Australia bagi mewakili Kelantan dalam saingan Liga-M musim depan.
Statusnya kekal jadi persoalan kerana Kelantan sudah pun melengkapkan kuota empat pemain import.
Brendan mempunyai bapa yang merupakan rakyat Malaysia dan perkara itu jadi asas buat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendaftar Brendan sebagai pemain tempatan.
Begitupun taraf kerakyatan Australia yang dimilikinya tidak memberikan Brendan pengiktirafan berkenaan.
Klik pada video untuk berita sepenuhnya.
#Australia #brendan gan #import #Kelantan