Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
SUKAN

Brendan Rodgers tinggalkan Celtic

Muhamad Syazwan 27/10/2025 | 23:20 MYT
Brendan Rodgers telah melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih Celtic, menamatkan tempoh keduanya bersama kelab itu. - Gambar Reuters
Brendan Rodgers telah melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih Celtic, menamatkan tempoh keduanya bersama kelab itu selepas permulaan musim yang mengecewakan.

Bekas pengendali mereka, Martin O’Neill, dilantik sebagai pengurus sementara.

"Brendan Rodgers hari ini telah menyerahkan surat peletakan jawatan. Kelab menerima keputusan tersebut dan beliau akan meninggalkan tugasnya serta-merta," kata Celtic dalam satu kenyataan rasmi.

Keputusan Rodgers berundur hadir selepas tekanan semakin meningkat susulan beberapa keputusan buruk, termasuk kekalahan mengejut dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara kepada wakil Kazakhstan, Kairat Almaty, pada Ogos lalu, serta kekalahan 3-1 kepada Hearts hujung minggu lalu yang menyebabkan Celtic ketinggalan dalam perebutan gelaran.

Ia merupakan kekalahan liga kedua berturut-turut juara bertahan itu, yang kini menghuni tangga kedua dengan 17 mata, lapan mata di belakang pendahulu, Hearts.

Rodgers kembali ke Celtic Park pada 2023 bagi memulakan semula tempoh keduanya bersama kelab, di mana beliau berjaya membawa pasukan itu meraih dua kejuaraan liga berturut-turut.

Pada tempoh pertamanya sebelum ini, pengurus berusia 52 tahun itu turut mencipta sejarah dengan dua kejuaraan treble domestik pada 2017 dan 2018.

“Kelab menghargai sumbangan besar Brendan sepanjang dua tempohnya yang berjaya bersama Celtic,” tambah kenyataan itu.

“Celtic mengucapkan terima kasih atas peranan beliau dalam mengekalkan kejayaan kelab dan mendoakan kejayaan beliau di masa hadapan.”

Celtic turut mengesahkan bahawa O’Neill, 73, bersama bekas pemain Celtic, Shaun Maloney, akan mengendalikan pasukan utama buat sementara waktu.

O’Neill sebelum ini pernah menikmati kejayaan besar bersama Celtic, memenangi treble pada 2001 serta membawa kelab itu ke tiga kejuaraan Liga Perdana Scotland, tiga Piala Scotland dan final Piala UEFA pada 2003.

Kelab yang pernah dikendalikan





#Brendan Rodgers #Celtic #Martin O Neill #Rodgers tinggalkan Celtic