[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

Brighton kembali beri mimpi buruk kepada Man United

Astro Arena 07/08/2022 | 22:15 MYT
Pemain Manchester United, Harry Maguire, meninggalkan padang selepas tamat perlawanan EPL antara pasukannya dan Brighton di Old Trafford, Manchester, England, 7 Ogos 2022. (Foto AP)
MANCHESTER United membuktikan mereka memerulakan lebih daripada satu pramusim untuk sekali lagi menjadi kuasa besar selepas era Erik ten Hag sebagai pengurus bermula dengan kekalahan 2-1 di laman sendiri kepada Brighton and Hove Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris (English Premier League) malam tadi.
Suasana di United kelihatan bertambah baik sejak tamat pramusim, namun persembahan mereka jauh daripada apa yang telah dipamerkan sebelum ini.
United bergelut dengan corak permainan lancar Brighton dan pelawat berhak memperoleh dua gol di separuh masa pertama hasil jaringan Pascal Gross.
Cristiano Ronaldo -- yang berada di bangku simpanan ekoran belum di tahap kecergasan yang optimum -- hadir ke dalam perlawanan pada separuh masa kedua dan jaringan sendiri Alexis Mac Allister mengurangkan defisit jaringan namun Brighton mengawal kelebihan untuk memperoleh kemenangan pertama mereka di Old Trafford.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi EPL menyaksikan United ditewaskan 4-0.
#Manchester United #EPL #Brighton and Hove Albion #kalah di laman sendiri