[TERKINI] Skandal 1MDB: Bradley Hope Dedah Jho Low Hidup Mewah di Shanghai – Dapatkan Perincian Di Sini
SUKAN

Brunei DPMM lamar Akhyar Rashid secara terbuka

Astro Arena 01/06/2025 | 00:45 MYT
Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) memaklumkan, sedang berbincang bersama penyerang Terengganu, Akhyar Rashid bagi memuktamadkan perpindahan.
BEKAS pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Akhyar Rashid, bakal menjadi pemain tempatan kedua selepas Fairuz Zakaria menyertai Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) bagi menghadapi kancah Liga Super musim hadapan.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh kelab Brunei itu selepas memaklumkan sedang berbincang bersama penyerang Terengganu itu.

Menerusi kenyataan kelab, DPMM berharap untuk segera memutuskan perbincangan kontrak bersama bintang Harimau Malaya itu, namun masih belum ada perkembangan terkini.

"DPMM sedang mengadakan rundingan bersama Akhyar Rashid.

"Kami berharap dapat memuktamadkan perpindahan ini," katanya.

Sementara itu, satu kuota import dari Asia Tenggara (ASEAN) sudah diisi oleh pemain kebangsaan Indonesia, Ramadhan Sananta.

DPMM sah beraksi dalam kancah tertinggi bola sepak negara sebagai pasukan jemputan selepas mendapat kelulusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) seperti yang diumumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL), baru-baru ini. - Stadium Astro




#bola sepak #Akhyar Rashid #Duli Pengiran Muda Mahkota #DPMM #harimau Malaya #JDT