Bruno Fernandes gagal selamat maruah United di Old Trafford

Astro Arena
September 25, 2021 20:59 MYT
Bruno Fernandes (kiri) dicabar pemain Aston Villa John McGinn ketika perlawanan EPL antara Manchester United dan Aston Villa di stadium Old Trafford, Manchester, England, 25 Sept, 2021. (Foto AP)
KEGAGALAN Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti dalam masa kecederaan menyaksikan Manchester United tewas kepada Aston Villa 1-0 di laman sendiri.
Satu mata cukup menyaksikan United kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan Chelsea mengalami kekalahan kepada Manchester City, namun mereka kelihatan tidak memiliki keazaman yang diperlukan dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford.
Selepas meledak gol sulung perlawanan pada minit ke-88, Kortney Hause kelihatan bertukar wira menjadi dalang berikutan Edinson Cavani yang melakukan tandukan terkena tangan pemain kelahiran England itu.
Bagaimanapun, segalanya serba tidak menjadi buat United sepanjang perlawanan, selepas deretan peluang demi peluang menyaksikan mereka dikecewakan jentera pertahanan pelawat, Fernandes yang segera mendapatkan bola berbanding Cristiano Ronaldo, melambung bola melepasi palang gol sekali gus membuatkan United -- yang sudah kehilangan khidmat Harry Maguire dan Luke Shaw ekoran kecederaan -- kekalahan aksi liga pertama musim ini.

2 - Bruno Fernandes missed from the penalty spot for only the second time in his 23 attempts for Manchester United in all competitions and for the first time since October 2020 against Newcastle in the Premier League. Uncharacteristic. pic.twitter.com/wG2Gu5A9mc

— OptaJoe (@OptaJoe) September 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #Aston Villa #Bruno Fernandes #EPL