awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bryan perbaharui rekod kebangsaan 100m kuak kupu-kupu di Doha

Bernama
Bernama
16/02/2024
10:35 MYT
Bryan perbaharui rekod kebangsaan 100m kuak kupu-kupu di Doha
Perenang negara Bryan Leong Xin Ren memperbaiki rekod kebangsaan acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar. - Foto Instagram/@malaysia_aquatics
KUALA LUMPUR: Perenang negara Bryan Leong Xin Ren memperbaiki rekod kebangsaan acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar.
Menurut laman sesawang World Aquatic, atlet berusia 20 tahun itu merekodkan 52.78 saat (s) untuk menamatkan saingan di tempat kesembilan saringan tujuh di Pusat Akuatik Hamad hari ini, mengatasi rekod terdahulu yang juga miliknya sendiri, 52.96s dilakukan pada kejohanan sama di Fukuoka, Jepun pada Julai tahun lepas.
Bagaimanapun, ia tidak dapat membantu Bryan untuk berada dalam kelompok 16 perenang mara ke separuh akhir selepas sekadar menduduki tempat ke-21 daripada 66 peserta.
Bryan yang melanjutkan pelajaran dalam bidang neurosains dan psikologi di King's College London juga tidak berjaya meraih tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas tidak mencapai masa kelayakan Olimpik (OQT) ditetapkan iaitu 51.67s dan masa pertimbangan Olimpik (OCT) 51.93s.
"Saya gembira dapat memperbaiki rekod kebangsaan. Bagaimanapun, saya masih bekerja keras dan memburu kelayakan Olimpik, harapnya saya dapat capai," katanya ketika dihubungi.
Bryan dijangka menyertai beberapa kejohanan lagi sebelum tempoh kelayakan Olimpik tamat pada 23 Jun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perenang negara
#Bryan Leong Xin Ren
#rekod kebangsaan
#kuak kupu-kupu
#Kejohanan Akuatik Dunia
#Doha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan