SUKAN

Bukit Jalil bakal jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026?

Astro Arena 15/06/2025 | 14:21 MYT
Perkara itu mungkin berlaku jika terdapat permohonan yang mahukan aksi pusingan kalah mati itu berlangsung di medan yang neutral. - Bernama
PEMERHATI bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan kalah mati kelayakan Piala Dunia 2026 nanti.

Perkara itu berkemungkinan berlaku sekiranya terdapat permohonan yang mahukan aksi pusingan kalah mati itu berlangsung di medan yang neutral.

Untuk rekod, hanya juara kumpulan pusingan keempat akan ke Piala Dunia, manakala naib juara akan ke pusingan kalah mati.

Antara beberapa negara yang dikongsikan termasuk Kuwait, Malaysia, Bahrain Jordan dan Thailand.

Indonesia mara ke pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menamatkan saingan Kumpulan C, pusingan ketiga di kedudukan keempat dengan 12 mata daripada 10 perlawanan.

Antara negara yang menanti anak buah Patrick Kluivert nanti adalah Arab Saudi, Qatar, Emeriah Arab Bersatu, Oman mahupun Iraq.

"Negara-negara yang dicalonkan sebagai tuan rumah pusingan kalah mati Piala Dunia jika mereka memilih padang neutral susulan beberapa negara yang membantah serta menuntut padang neutral." katanya.

* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com



#Stadium Nasional #Bukit Jalil #Indonesia #Piala Dunia