awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh, 5 cedera

Astro Awani
Astro Awani
20/02/2013
11:37 MYT
Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh, 5 cedera
Rangka lama bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu runtuh dan mengakibatkan lima pekerja binaan cedera pada Rabu.
Lima pekerja terbabit, sedang melakukan proses baik pulih stadium berkenaan ketika kejadian berlaku.
Menurut laporan, Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Mohd Jamil, struktur kerangka lama bumbung, setinggi 137 meter runtuh pada jam 11.30 pagi.
Dalam kejadian itu, tiga pekerja, dilaporkan mengalami kecederaan parah manakala dua lagi, dilaporkan mengalami kecederaan ringan.
Kesemua mangsa dibawa keluar dari tempat runtuhan, setengah jam selepas runtuhan dan kini mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Menurut Hamzah, berdasarkan siasatan awal, kejadian ini berpunca daripada kelemahan struktur utama bumbung, selepas melalui proses menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung stadium.
Bumbung utama stadium ini, yang bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009, menyebabkan 50 peratus daripada strukturnya musnah.
Sejak itu, ia terpaksa menjalani proses baik pulih yang bernilai RM15 juta .
Topic Berkaitan
#Stadium runtuh
#Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan