awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bung Moktar dilantik sebagai pemangku Presiden SAFA

Bernama
Bernama
14/12/2020
04:27 MYT
Bung Moktar dilantik sebagai pemangku Presiden SAFA
Pelantikan Bung Moktar diyakini dapat membawa SAFA maju ke hadapan. - Gambar fail
KOTA KINABALU:Ahli-ahli Majlis Tertinggi Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) hari ini sebulat suara melantik Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai pemangku presiden baharu persatuan berkenaan.
Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi SAFA di sini, hari ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden SAFA Datuk Abdul Rahman Zakaria yang juga memangku jawatan presiden persatuan berkenaan sebelum ini.
Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat itu, Abdul Rahman berkata pelantikan Bung Moktar dilakukan selepas perbincangan kedua-dua pihak dilakukan sebelum ini.
"Kita telah berjumpa dengan beliau (Bung Moktar) dan beliau bersetuju dilantik sebagai pemangku presiden sebelum dilantik secara sah sebagai Presiden SAFA dalam Mesyuarat Agung SAFA akan datang," katanya.
Beliau berkata pelantikan Bung Moktar diyakini dapat membawa SAFA maju ke hadapan.
"Kita tahu beliau (Bung Moktar) mempunyai pengalaman kerana pernah menjadi penaung pasukan bola sepak Felcra FC beberapa tahun lepas," tambahnya.
Diminta mengulas mengenai Sabah FC, Abdul Rahman berkata Datuk Verdon Bahanda masih menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pasukan berkenaan dan kerjasama itu berjalan lancar.
"Kita serahkan Verdon untuk mengurus Sabah FC dan kita SAFA mengurus di bahagian induk kerana sekiranya induk bermasalah pasukan Sabah FC juga akan bermasalah," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Persatuan Bola Sepak Sabah
#Bung Moktar Radin
#pemangku presiden SAFA
#Timbalan Presiden SAFA
#Abdul Rahman Zakaria
#Bung Moktar
#Sabah FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan