awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buruan emas pertama Olimpik hampir bermula, atlet negara tiba di Tokyo

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2021
08:28 MYT
Buruan emas pertama Olimpik hampir bermula, atlet negara tiba di Tokyo
Tahun ini, Malaysia menghantar 30 atlet bagi membawa cabaran negara dan pada Sabtu, 40 individu termasuk 18 atlet terbang ke Tokyo untuk berjuang di sana.
BAHANG Sukan Olimpik Tokyo kian terasa.
Meskipun dianjurkan sedikit lewat akibat pandemik COVID-19, kemeriahan temasya sukan terbesar di dunia itu tetap menjadi sebutan peminat sukan seantero dunia.
Tahun ini, Malaysia menghantar 30 atlet bagi membawa cabaran negara dan pada Sabtu, sebahagian kontinjen membabitkan 40 individu termasuk 18 atlet terbang ke Tokyo untuk berjuang di sana.
Menerusi laman sosial beberapa atlet, mereka dilihat sudah tiba di negara Matahari Terbit itu pada Ahad.
Atlet renang yang juga prospek emas negara, Pandelela Rinong sempat berkongsikan ketibaannya dan rakan penerjun, Nur Dhabitah Sabri di Tokyo.
Menerusi Instagramnya, Pandelela menunjukkan tempat penginapan atlet Malaysia di sebuah bangunan dan kedudukan mereka betul-betul berada di atas kumpulan atlet China.
Bahkan, beliau turut berkongsikan gambar kit bagi menjalani ujian air liur yang perlu mereka lakukan sepanjang berada di Jepun.
Beliau turut berkongsikan gambar kit bagi menjalani ujian air liur yang perlu mereka lakukan sepanjang berada di negara Matahari Terbit itu.
Beliau turut berkongsikan gambar kit bagi menjalani ujian air liur yang perlu mereka lakukan sepanjang berada di negara Matahari Terbit itu.
Dalam pada itu, jaguh badminton negara, Lee Zii Jia dalam Instagram Storynya memuat naik lagu Sang Saka Biru dengan menulis lirik termasuk “Kami akan menang”.
Status tersebut seolah-olah gambaran awal keyakinan beliau meskipun baru pertama kali menyertai kejohanan paling berprestij itu.
Rakan sebiliknya, Chan Peng Soon pula memuat naik video pendek menunjukkan pemandangan dari dalam biliknya yang berhadapan dengan lautan.
Malah, Peng Soon yang akan bergandingan dengan Goh Liu Ying dalam kategori beregu campuran turut memuat naik video menyatakan latihan pertama di Tokyo sudah bermula.
Dalam pada itu, jaguh badminton negara, Lee Zii Jia dalam Instagram Storynya memuat naik lagu Sang Saka Biru dengan menulis lirik termasuk “Kami akan menang”.
Dalam pada itu, jaguh badminton negara, Lee Zii Jia dalam Instagram Storynya memuat naik lagu Sang Saka Biru dengan menulis lirik termasuk “Kami akan menang”.
Gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi pula berkongsi rakaman bersiar-siar berhampiran penempatan atlet negara.
Menelusuri laman sosial beberapa atlet, negara tuan rumah dilihat mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang agak ketat.
Bahkan, penghadang lutsinar turut dipasang pada setiap meja makan di kantin dan atlet yang baru tiba makan di tingkat berbeza dengan atlet yang tiba lebih awal.
Meskipun suasananya berbeza namun semangat atlet masih sama untuk membawa pulang pingat emas pertama Olimpik ke Malaysia.
Topic Berkaitan
#Olimpik
#Tokyo
#atlet
#renang
#terjun
#badminton
#Pandelela Rinong
#COVID-19
#Instagram
#sukan
#Farah Ann
#Lee Zii Jia
#pingat emas
#pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan