awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cabang kerjaya e-sukan dijangka terus meningkat

Bernama
Bernama
06/01/2024
20:00 MYT
Cabang kerjaya e-sukan dijangka terus meningkat
Penganjuran kejohanan e-sukan buka peluang kepada profesion lain seperti jurulatih, ahli psikologi, pakar nutrisi, marsyal serta pereka grafik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Peluang pekerjaan dalam industri e-sukan akan terus meningkat selepas sukan yang menjadi kegilaan para remaja itu dilihat semakin berkembang pesat menerusi penganjuran lebih banyak kejohanan pada masa depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Esports Integrated (ESI), Ahmed Faris Amir optimis penganjuran kejohanan e-sukan berpotensi membuka peluang kepada profesion lain seperti jurulatih, ahli psikologi, pakar nutrisi, marsyal serta pereka grafik.
"Jadi apabila banyak pasukan menyertai kejohanan e-sukan, maka lagi banyaklah pertandingan akan dianjurkan oleh penganjur lain. Jadi dari sini banyak masa dan tenaga yang akan terlibat untuk menjana pendapatan mereka.
"Saya nampak ada banyak peluang dan ini tidak hanya tertumpu kepada pemain sukan elektronik sahaja," katanya kepada Bernama ketika ditemui sewaktu EsportsCon Malaysia 2024, di sini, pada Sabtu.
Sementara itu, pemain e-sukan, Muhammad Haiqal Ahmad Yatim, 26, berkata, penglibatan dalam sukan tersebut membantunya menambah duit poket ketika zaman belajar meskipun pada awalnya tidak direstui kedua-dua orang tuanya.
"Masa zaman belajar dulu, tidak ada duit jadi orang tua suruh berdikari. Selepas itu, saya berniaga macam-macam dan kemudian bila streaming ini dapat jana pendapatan. Dalam masa dua tahun, saya berjaya banggakan ibu bapa dan mereka akhirnya restu," katanya.
Muhammad Haiqal yang diberi julukan 'Sultan Riq' juga menyifatkan kejayaan memenangi kategori Best of Gaming pada TikTok Awards 2023 sebagai pengalaman paling manis dalam hidupnya setelah berkecimpung dalam dunia sukan maya tersebut sejak lima tahun lepas.
ESI, satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di bawah Impact Integrated, menganjurkan EsportsCon Malaysia buat julung kalinya yang menghimpunkan penggiat industri termasuk Key Opinion Leader (KOLs), jenama e-sukan, pasukan e-sukan dan pelbagai lagi.
Antara aktiviti diadakan adalah perbincangan panel tentang topik e-sukan, persembahan cosplay dan cabutan bertuah. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#e-sukan
#peluang kerjaya
#kejohanan
#pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan