SUKAN
Cabaran beregu campuran negara tamat di suku akhir Terbuka Perancis
Tang Jie-Ee Wei (gambar) gagal mengekalkan rekod bersih dalam tiga pertemuan dengan lawan sama selepas menewaskan mereka pada Masters China 2025 dan Terbuka Artik 2023 di Finland. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Cabaran beregu campuran negara di Terbuka Perancis berakhir selepas kedua-dua pasangan, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta Goh Soon Huat-Shevon Lai, tewas pada peringkat suku akhir yang berlangsung di Glaz Arena, Cesson-Sevigne, semalam.
Tang Jie-Ee Wei, pasangan nombor tiga yang juga juara dunia, ditunjukkan jalan keluar oleh gandingan Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet 9-21, 18-21 dalam masa 37 minit.
Keputusan itu menyaksikan gandingan negara berkenaan gagal mengekalkan rekod bersih dalam tiga pertemuan dengan lawan sama selepas menewaskan mereka pada Masters China 2025 dan Terbuka Artik 2023 di Finland.
Sementara itu, beregu campuran profesional Soon Huat-Shevon terpaksa akur apabila tunduk kepada gandingan nombor dua dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, 18-21, 16-21 dalam masa 43 minit.
Kekalahan itu menyaksikan pasangan suami isteri berkenaan tersingkir di suku akhir buat kali keempat berturut-turut, selepas mengalami nasib sama di Terbuka Denmark, Terbuka Artik dan Terbuka Korea sebelum ini.
-- BERNAMA