SUKAN
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Edisi kali ini menawarkan pelbagai kategori perlumbaan bermula pada jarak 5km hingga 200km, bergantung kepada tahap keupayaan peserta. - Astro AWANI
PUTRAJAYA: Lebih 400 pelari tempatan dan antarabangsa menyahut cabaran Malatra Ultra & Pirate Backyard Ultra edisi 2026 yang berlangsung di Taman Wetland, di sini, dari 31 Januari hingga 2 Februari lalu.
Kedua-dua acara berintensiti tinggi itu menampilkan perlumbaan jarak jauh yang menuntut disiplin, strategi serta pengurusan masa yang rapi, sekali gus menjadikannya antara acara ultra road yang paling dinanti dalam kalendar larian negara.
Pengurus Perlumbaan Malatra Ultra & Pirate Backyard Ultra 2026, Hadafi Hamidun berkata, edisi kali ini menawarkan pelbagai kategori perlumbaan bermula pada jarak 5 kilometer (km) hingga 200km, bergantung kepada tahap keupayaan peserta.
“Setiap kategori memerlukan kesediaan mental dan fizikal yang tinggi. Peserta bukan sahaja diuji dari segi ketahanan larian, tetapi juga keupayaan mengurus tenaga, pemakanan dan fokus sepanjang perlumbaan,” katanya ketika ditemu bual wartawan Astro AWANI, di sini
Menurut beliau, aspek pengurusan acara turut diberi penekanan dengan penyediaan beberapa khemah sokongan bagi memudahkan peserta mendapat bekalan air minuman, minuman isotonik serta makanan sebagai sumber tenaga.
Selain itu, kemudahan asas seperti tandas dan surau turut disediakan bagi memastikan keselesaan peserta sepanjang tempoh perlumbaan.
Malatra Ultra, anjuran Malatra Events, merupakan acara larian jarak jauh yang menggunakan format laluan berulang (loop), sekali gus menekankan elemen disiplin, pengurusan masa, nutrisi serta strategi perlumbaan ultra.
Bagi edisi 2026, Malatra Ultra mempertandingkan kategori 5km, 25km, 50km, 100km, 160km dan 200km.
Manakala, Pirate Backyard Ultra pula menampilkan format yang lebih ekstrem dan berbeza daripada perlumbaan ultra konvensional.
Pengarah Perlumbaan Malatra Ultra 2026, Razif Yahya menjelaskan, peserta perlu melengkapkan pusingan sejauh 6.7km dalam tempoh satu jam, dengan pusingan baharu bermula setiap jam.
“Sekiranya peserta gagal menamatkan pusingan (loop) dalam masa satu jam, mereka dikira sebagai DNF. Perlumbaan ini berterusan sehingga hanya tinggal seorang peserta yang masih mampu meneruskan larian,” katanya
Bagi edisi kali ini, Pirate Backyard Ultra dimenangi oleh peserta dari Malaysia, David Christopher yang berjaya melengkapkan 26 pusingan dengan jarak keseluruhan sejauh 174.2km.
Dalam kategori Malatra Ultra 200km lelaki, Mohd Fazli Rosli muncul juara dengan catatan masa 22 jam 33 minit 10 saat, manakala kategori wanita dimenangi Noor Ainun Yeop Kamaruddin dengan catatan 35 jam 12 minit 35 saat.
Bagi kategori 160km lelaki, kemenangan menjadi milik Mohd Nazrul Hazwan Noorzan dengan catatan masa 23 jam 6 minit 10 saat, manakala Diana Azliza menjuarai kategori wanita selepas mencatat masa 31 jam 48 minit 8 saat.