Calon tempatan masih diberi keutamaan bagi mengisi jawatan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata pihaknya mendapat banyak sambutan bagi pengisian jawatan itu oleh pemohon tempatan berbanding calon luar.
"Sudah pasti kecenderungan saya sebagai menteri mahu lihat orang tempatan mengisi jawatan ini tetapi tidak salah kita buka jawatan ini untuk mereka yang lain di luar sana.
Saya buka jawatan ini kerana saya mahu lihat pilihan yang ada di luar sana. Bukan tujuan saya membuka jawatan ini bermaksud automatik kita tidak pilih calon tempatan, mungkin orang tempatan calon terbaik," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan perjanjian persefahaman antara Kementerian Belia dan Sukan dengan empat syarikat di sini pada Isnin.
Perjanjian itu membolehkan pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) menjalani latihan berdasarkan bidang pengajian mereka di syarikat AEON Co (M) Berhad, Samsung SDI Energy (M) Sdn Bhd, Hotel Tune dan Kumpulan Tan Chong Group.
Khairy sebelum ini mengumumkan jawatan Ketua Pengarah MSN yang merupakan jawatan kontrak dua tahun, kini dibuka kepada orang ramai untuk memohonnya.
Individu berminat boleh memohon jawatan itu yang sudah diiklankan pada 4 Nov lepas di laman web rasmi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hingga tempoh tiga minggu akan datang.
Sehingga hari ini, Khairy berkata pihaknya menerima sebanyak 15 permohonan.
Sebelum ini jawatan Ketua Pengarah MSN disandang oleh Datuk Seri Zolkples Embong yang kini dilantik sebagai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sukan SEA 2017, yang mana Malaysia akan menjadi tuan rumah temasya itu.
Dalam pada itu KBS turut mengumumkan jawatan Pengarah Sukan Prestasi Tinggi , kini dibuka kepada orang ramai untuk memohon bermula semalam.
Khairy berkata Damien Kelly pernah menyandang jawatan itu pada sekitar tahun 2006-2007.
Bernama
Tue Nov 11 2014
KHAIRY: Calon tempatan masih diberi keutamaan jadi KP MSN - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kerajaan komited asingkan kuasa eksekutif, badan perundangan dan kehakiman - Azalina
Kerajaan komited untuk mengasingkan kuasa antara eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman bagi memastikan integriti institusi perundangan.
Institusi Kehakiman negara seharusnya bebas dari segi struktur, cabang utama - TI-M
Institusi Kehakiman Malaysia adalah bebas dari segi struktur dan terpisah dari cadang-cabang yang lain.
Tidak lapor suapan, bekas eksekutif PKK didenda RM8,000
Mohd Jazid Md Jani, 52, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan hakim.
Terima rasuah bulanan, SPRM tahan eksekutif pasar raya
Suspek wanita berusia 43 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 3.30 petang Isnin selepas hadir memberikan keterangan.
Laporan BERSIH: Wujud kelemahan pelantikan hakim di bawah JAC
Laporan kumpulan reformasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mendedahkan wujudnya kelemahan dalam proses pelantikan hakim di bawah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).
Bekas eksekutif dipenjara dua bulan, denda RM80,000 palsukan tuntutan gaji
Siti Aishah Mohamad Amir, 31 tahun, mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan membuat tuntutan gaji palsu antara 2018 dan 2019.
Taylor Swift tidak dibenar nyanyi lagu lama di pentas AMA
Difahamkan, Swift merancang untuk membawakan medley lagu-lagu hit sepanjang karier beliau pada malam bersejarah itu selepas beliau dijangka bakal menerima anugerah Artis Sepanjang Dekad tahun ini.
FGV mulakan prosiding undang-undang terhadap 14 bekas pengarah dan kakitangan
Saman itu berhubung pembelian oleh syarikat berkenaan 100 peratus kepentingan ekuiti dalam APL melalui tawaran tunai bersyarat pada 2014.
Parlimen perlu dijadikan sebagai suruhanjaya - Nurul Izzah
Ia bagi menjadikan institusi perundangan tertinggi dalam negara itu berupaya berfungsi sebagai sebuah kuasa yang disegani dan bebas daripada kuasa eksekutif.
"AirAsia sambut baik kehadiran saya"- Neelofa mula tugas di AirAsia hari ini
Pengacara popular, Neelofa berkongsi pengalaman hari pertamanya memulakan tugas sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia.