Campur tangan Kementerian Belia dan Sukan atau Pesuruhjaya Sukan Malaysia perlu sekiranya Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) tidak dapat menangani isu 'tangan ghaib' yang didakwa berlaku dalam pencalonan jawatan utama badan itu menjelang mesyuarat agung tahunan (AGM) pada 29 Jun ini.
Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, yang juga calon presiden MPM, berkata KBS dan Pesuruhjaya Sukan berhak untuk berbuat demikian sekiranya MPM gagal untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi secara profesional.
"Kalau MPM tidak boleh selesaikan masalah ini dengan profesional, saya rasa pihak KBS dan PJS perlu campur tangan sebab mereka ini yang tetapkan peraturan dan juga yang menggubal perlembagaan sedia ada, malah mereka badan kerkecuali.
"Jika tidak, ia akan nampak satu kegagalan kepada kepimpinan tertinggi MPM kerana sebelum ini telah berjaya bersihkan nama daripada terpalit isu sebelum ini, tapi kembali mengulangi perkara yang sama. Mereka asyik cakap tidak mahu macam dulu, tapi perangai tetap sama. Ia macam menjilat ludah kembali," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Masca di sini pada Sabtu.
Megat D Shahriman sebelum ini menawarkan diri untuk mengisi jawatan presiden pada AGM badan induk sukan para itu selepas penyandangnya SM Nasarudin SM Nasimuddin mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan berkenaan yang disandangnya sejak empat tahun lepas.
Bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut menawarkan diri untuk bertanding jawatan sama, namun isu timbul apabila Khairy dikatakan menghantar borang pencalonan pada jam 11.30 malam 15 Jun, sedangkan jelas tertera tarikh akhir penyerahan borang sebelum 15 Jun 2019, bermakna waktu terakhir adalah pada jam 11.59 malam, 14 Jun.
Mengulas mengenai isu berkenaan, Megat D Shahriman berkata tidak salah untuk bertanding namun individu itu perlulah menggunakan saluran yang betul.
Malah, beliau menyifatkan pertembungan satu lawan satu dengan Ahli Parlimen Rembau itu sebagai sesuatu yang menarik.
"Saya rasa satu benda yang menarik kerana dalam pertandingan adat menang atau kalah itu biasa. Tapi perlulah bertanding dalam cara yang betul. Kalau dah mulakan dengan percaturan begini, itu terpulang kepada diri sendiri.
"Kalau saya kata saya ini anak jantan, saya akan menegakkannya (saya anak jantan), saya tidak akan buat begitu sebab nanti akan kena tempelak pada diri sendiri. Pada saya, be a 'gentleman'. Saya tidak ada rasa kecut atau takut. Ia satu pertandingan yang sihat," katanya.
Dalam pada itu, Megat D Shahriman selesa dianggap sebagai calon 'under dog' dalam pertembungan pada 29 Jun ini, dan mengakui Khairy juga seorang calon yang dekat dengan MPM.
"Biarlah dia jadi calon pilihan, kita under dog. Setiap daripada kita ada track record. Apa yang penting, biarlah ia berlaku dengan cara betul, melalui peraturan dan mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan. Kalau begini caranya, ia menjadi satu pertandingan yang tidak sihat," tegasnya.
MPM dalam satu kenyataan media pada 18 Jun, mengesahkan Khairy yang bertanding atas tiket Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia bakal mencabar Megat D Shahriman dalam perebutan jawatan tertinggi persatuan itu.
Menurut presiden MPM, Lembaga Eksekutif sebulat suara memutuskan empat lagi calon iaitu Siti Zaharah, Dr Naharuddin, Dr S Radha Krishnan dan Keng Chuan dibenarkan bertanding kerana mereka telah mematuhi peraturan dan menfailkan pencalonan masing-masing dalam tempoh masa dan mematuhi syarat yang ditetapkan di borang pencalonan.
Sebelum ini, status Khairy menjadi tanda tanya selepas difahamkan borang pencalonannya dihantar pada pukul 11.30 malam 15 Jun bersama Timbalan Presiden MPM, John Ng, sedangkan tarikh akhir yang tertera di borang pencalonan adalah pada pukul 11.59 malam, 14 Jun.
John Ng dari Persatuan Ping Pong Malaysia bakal berentap dengan Radha dari Persatuan Sukan Orang Buta Malaysia/Persatuan Boccia Malaysia bagi kerusi timbalan presiden MPM.
Lapan pencalonan bagi jawatan Naib Presiden ialah Hadfizah Abd Khafidz (Persatuan Tenpin Bowling Para Malaysia), K M Rajendran (Taekwando Malaysia), Muhd Iqbal Sulaiman (Tenis Berkerusi Roda Malaysia), Dr Ang Kean Koo (Persekutuan Bola Keranjang Kerusi Roda Malaysia), Dr Naharuddin Hashim (Persatuan Badminton Malaysia) dan Mejar Azhari Abdullah (Persatuan Bola Sepak Orang Buta Malaysia).
Dua lagi pencalonan untuk mengisi satu kuota wanita adalah Siti Zaharah Abdul Khalid (Persatuan Boling Padang OKU Malaysia) dan Noor Syahieda Mat Shah (Persatuan Powerlifting Para Malaysia).
Dua pencalonan untuk jawatan Setiausaha Agung diisi Datuk R. Subramaniam (Persatuan Olahraga Para Malaysia) dan Irena Chang (Persatuan Bola Tampar OKU Malaysia) manakala S Kumarusamy (Persatuan Para Karom Malaysia) tidak menerima cabaran untuk jawatan bendahari.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2019
Megat D Shahriman (gambar) menyifatkan pertembungan satu lawan satu dengan Khairy Jamaluddin sebagai sesuatu yang menarik. - Gambar fail
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
Bursa Malaysia catat sejarah laksana AGM secara maya sepenuhnya
Bursa Malaysia Bhd mencatat sejarah dalam dunia korporat Malaysia apabila menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya.
Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ramai artis tertanya-tanya mengenai royalti yang sepatutnya mereka dapat.
Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata perpecahan parti itu di Kedah berlaku disebabkan ada anggotanya yang cuba mengelirukan anggota lain serta melakukan tindakan yang menggugat keutuhan parti.