KUALA LUMPUR: Pascanilai perlu dilakukan untuk mencari punca kekalahan pasukan Bawah-23 tahun (B-23) kebangsaan kepada Laos pada Kejohanan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Phnom Penh, Kemboja.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pihak bertanggungjawab khususnya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), perlu mengkaji bagaimana pasukan yang sebelum ini kurang menyerlah dalam arena bola sepak Asia Tenggara, boleh mengejutkan Malaysia kali ini.
"Saya berasa semua pihak terlibat dengan bola sepak perlu mencari jalan dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak di negara ini," katanya pada sidang media selepas perhimpunan mesra bulanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Institut Sukan Negara (ISN) hari ini.
Skuad bimbingan Brad Maloney tersingkir di peringkat Kumpulan B kejohanan itu, selepas dua kali tewas kepada Laos, iaitu kekalahan 2-1 pada Jumaat lepas dan 2-0 pada malam tadi.
Format kejohanan terpaksa diubah apabila dua lagi pasukan dalam kumpulan berkenaan iaitu juara bertahan Indonesia dan Myanmar menarik diri susulan pandemik COVID-19, menyaksikan Malaysia perlu bertemu Laos sebanyak dua kali, dengan hanya satu pasukan mara ke separuh akhir.
Ahmad Faizal berkata semua pihak yang terlibat, termasuk pemain dan penyokong, perlu melihat perkara itu secara holistik untuk memulihkan keadaan bola sepak di negara ini.
"Semata-mata dengan menukar jurulatih, pengurusan atau presiden FAM, tidak memberi apa-apa makna jika keseluruhan ekosistem dalam sukan itu tidak diperbetulkan. Jadi untuk perbetulkan, kita mula dari diri sendiri, sebagai penyokong juga lihat perkara itu dengan cara yang boleh membantu, bukan menentang atau merosakkan," jelasnya.
BACA: Kejohanan AFF B23: Laos tambah perit Malaysia
Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal berharap agar skuad yang beraksi dengan baik di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022, meneruskan momentum kemenangan tersebut pada kejohanan-kejohanan akan datang.
"Saya melihat dalam sukan badminton, ketahanan mental amat penting, jadi perkara-perkara yang melilbatkan isu luar daripada sukan itu tidak perlu disensasikan agar ketahanan mental para pemain kita sentiasa berada pada tahap terbaik bagi mengatasi mana-mana pemain di dunia ini.
"Semua pihak termasuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan penyokong telah bekerjasama dengan baik, kita ada pasukan baik yang boleh diangkat ke kejohanan-kejohanan lain akan datang, insya-Allah kita akan menjadi antara terbaik dunia," katanya.
Pada kejohanan yang berlangsung 15-20 Feb itu, skuad lelaki negara muncul juara selepas menewaskan Indonesia 3-0 pada final, manakala skuad wanita tewas 0-3 kepada Korea Selatan pada pusingan separuh akhir.
Kejayaan itu juga memastikan skuad negara melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Thomas dan Uber yang dijadualkan Mei ini di Bangkok, Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022

Ahmad Faizal ketika sidang media selepas Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan Kementerian Belia Sukan (KBS) 2022 di Institut Sukan Negara (ISN) hari ini. - Foto BERNAMA

Republik Tatarstan miliki potensi besar untuk diterokai, Malaysia sedia perkukuh hubungan dua hala - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, Malaysia bersedia untuk menjalin kerjasama dan memperkukuh hubungan antara kedua-dua negara.

PBB: 90 peratus penduduk Gaza terpaksa berpindah akibat serangan Israel
Pada 1948, lebih 700,000 rakyat Palestin diusir dan 77 tahun kemudian, rakyat Palestin terus diusir secara paksa.

Pasukan Rusia miliki kuasa penuh untuk rundingan dengan Ukraine - Ketua delegasi
Matlamat rundingan terus dengan pihak Ukraine adalah untuk mencapai keamanan jangka panjang, dengan akhirnya menangani punca konflik.

MH17: Malaysia tetap tegas cari penyelesaian, tegak keadilan untuk mangsa
Muhammad Kamil berkata, bagaimanapun, Malaysia juga harus bijak dalam mengatur langkah dalam menangani isu ini.

MA63: Rundingan aspek pendidikan terlaksana hasil kerjasama erat Persekutuan dan negeri
Komitmen berterusan pada peringkat Kerajaan MADANI dan negeri perlu berterusan bagi melonjakkan martabat pendidikan.

MOTAC komited kepada penambahbaikan program MM2H - Tiong
Program itu membentuk satu daripada platform pemastautin jangka panjang terkemuka dunia, menawarkan peringkat Platinum, Emas dan Perak.

EU mahu tingkat kerjasama dalam industri hijau, digital dengan Malaysia
EU dan Malaysia berkongsi matlamat alam sekitar yang sama, sekali gus mencerminkan komitmen kukuh mereka di bawah Perjanjian Paris.

'SHEconomy' pacu pertumbuhan inklusif ASEAN - Presiden WEF
Landskap ekonomi ASEAN perlu merentas sempadan dengan mengadaptasi dasar responsif gender dan model kerjasama bersepadu yang memperkasa wanita.

Tiong usaha tingkatkan kesalinghubungan udara Malaysia-Singapura
Usaha meningkatkan kesalinghubungan udara antara dua negara, termasuk potensi melancarkan laluan penerbangan terus Singapura-Bintulu.

Strategi Melaka lantik Fan Bingbing sebagai duta beri impak besar - Ab Rauf
Kejayaan berkenaan terbukti dengan peningkatan jumlah pelancong China ke Melaka iaitu sebanyak 664,687 orang pada tahun lepas berbanding 204,818 pada 2023.

Cari punca pasukan belasahan boleh atasi Malaysia - Faizal Azumu
FAM perlu mengkaji bagaimana pasukan yang sebelum ini kurang menyerlah dalam arena bola sepak Asia Tenggara, boleh mengejutkan Malaysia kali ini.

Tampilkan aksi terbaik sebagai juara bertahan di final - Hamidin
Hamidin berharap semangat juang tinggi ditampilkan skuad muda negara sepanjang kempen itu diteruskan, sekali gus melakar sejarah merangkul kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.