awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran alami gangguan internet menyeluruh ketika protes antikerajaan merebak ke seluruh negara
Keputusan AGC tidak teruskan 47 pertuduhan terhadap Zahid cetus persoalan ketelusan – Ramkarpal
ISTAF beri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Carlos Baleba kini dalam radar Manchester United

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
07/08/2025
05:20 MYT
Carlos Baleba kini dalam radar Manchester United
Difahamkan, rundingan bagi mendapatkan Baleba dijangka amat mencabar memandangkan Brighton meletakkan penilaian tinggi. - Gambar Astro AWANI
Manchester United dilaporkan telah memulakan perbincangan awal melalui ejen perantara bagi mendapatkan khidmat pemain tengah muda milik Brighton & Hove Albion, Carlos Baleba.
Pemain berusia 21 tahun itu telah menarik minat pengurusan kelab berikutan kemampuannya mengawal tempo permainan, memecah blok pertahanan lawan, serta kesesuaian dengan falsafah bola sepak pengurus baharu United, Rúben Amorim.
Bagaimanapun, Ketua Eksekutif Brighton, Paul Barber menegaskan, tiada sebarang tawaran rasmi atau komunikasi langsung diterima daripada Manchester United setakat ini.
Beliau turut menyifatkan laporan tersebut sebagai spekulatif dan menzahirkan harapan agar Baleba kekal bersama kelab dalam jangka masa panjang.
Difahamkan, rundingan bagi mendapatkan Baleba dijangka amat mencabar memandangkan Brighton meletakkan penilaian tinggi terhadap pemain tersebut.
Sementara itu, United kini berada di ambang untuk melengkapkan pembelian Benjamin Šeško sebagai tambahan utama dalam jentera serangan mereka.
Namun, perhatian turut diberikan kepada Baleba, meskipun halangan besar menanti dalam bentuk pendirian tegas Brighton serta nilai pasaran pemain yang tinggi.
Bagi memenuhi keperluan kewangan untuk sebarang pembelian tambahan, khususnya dalam usaha mendapatkan Baleba, pihak kelab dijangka akan mengatur penjualan beberapa pemain terlebih dahulu.
Topic Berkaitan
#Carlos Baleba
#Brighton & Hove Albion
#Manchester United
#R ben Amorim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan