SUKAN
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
FAM dalam kenyataan memaklumkan ini setelah CAS membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan yang dikemukakan oleh tujuh pemain berkenaan. - Foto Facebook FAM
KUALA LUMPUR: Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah membenarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang digantung sebelum ini untuk beraksi semula, menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ringkasan AI
FAM dalam kenyataan memaklumkan ini setelah CAS membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan yang dikemukakan oleh tujuh pemain berkenaan.
"Keputusan ini bermakna hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap tujuh pemain Harimau Malaya tersebut ditangguhkan buat sementara waktu.
"Mereka dibenarkan untuk meneruskan karier serta menyertai sebarang aktiviti berkaitan bola sepak sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS dibuat," menurut FAM dalam hantaran di Facebook malam ini.
Mereka adalah Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel.
FIFA sebelum ini mengenakan hukuman penggantungan 12 bulan dan denda CHF2,000 (RM10,560) terhadap tujuh pemain warisan berkenaan.
Hukuman itu dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas mereka didakwa melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen dengan FAM dikenakan denda CHF350,000 (RM1.8 juta).
Pada 3 Nov lepas, FIFA menolak rayuan oleh FAM dan tujuh pemain warisan itu serta mengekalkan hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk bola sepak dunia itu terhadap FAM dan tujuh pemain warisan berkenaan.
Susulan itu, FAM membawa kes itu ke CAS.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membenarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang digantung untuk beraksi semula berikutan permohonan penangguhan pelaksanaan yang dikemukakan.
- Keputusan ini menangguhkan hukuman penggantungan 12 bulan dan denda terhadap pemain tersebut sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS dibuat.
- FIFA sebelum ini mengenakan hukuman kepada tujuh pemain tersebut atas dakwaan melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan dokumen, yang kemudiannya ditolak rayuan oleh FAM dan pemain tersebut sebelum kes dibawa ke CAS.
FAM dalam kenyataan memaklumkan ini setelah CAS membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan yang dikemukakan oleh tujuh pemain berkenaan.
"Keputusan ini bermakna hukuman penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti bola sepak yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap tujuh pemain Harimau Malaya tersebut ditangguhkan buat sementara waktu.
"Mereka dibenarkan untuk meneruskan karier serta menyertai sebarang aktiviti berkaitan bola sepak sehingga keputusan muktamad rayuan di CAS dibuat," menurut FAM dalam hantaran di Facebook malam ini.
Mereka adalah Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Gabriel Palmero, Jon Irazabal dan Hector Hevel.
FIFA sebelum ini mengenakan hukuman penggantungan 12 bulan dan denda CHF2,000 (RM10,560) terhadap tujuh pemain warisan berkenaan.
Hukuman itu dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas mereka didakwa melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen dengan FAM dikenakan denda CHF350,000 (RM1.8 juta).
Pada 3 Nov lepas, FIFA menolak rayuan oleh FAM dan tujuh pemain warisan itu serta mengekalkan hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk bola sepak dunia itu terhadap FAM dan tujuh pemain warisan berkenaan.
Susulan itu, FAM membawa kes itu ke CAS.
-- BERNAMA
#Mahkamah Timbang Tara Sukan CAS
#tujuh pemain warisan
#Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM
#harimau Malaya