awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CDM tunggu laporan rasmi atlet keluar malam

Bernama
Bernama
08/08/2017
07:33 MYT
CDM tunggu laporan rasmi atlet keluar malam
Marina berkata keputusan mengenai tindakan lanjut, iaitu sama ada memberikan amaran atau mengambil tindakan lain akan diputuskan selepas berbincang dengan pihak persatuan sukan yang terlibat. - Foto Astro AWANI
Chef-de-mission (CDM) Sukan SEA negara Datuk Marina Chin masih menunggu laporan rasmi mengenai atlet yang gagal mematuhi larangan keluar selepas 11.30 malam dari penginapan rasmi kontinjen negara.
Beliau berkata keputusan mengenai tindakan lanjut, iaitu sama ada memberikan amaran atau mengambil tindakan lain akan diputuskan selepas berbincang dengan pihak persatuan sukan yang terlibat.
"Tindakan akan diambil selepas mengambil kira jenis kesalahan serta laporan dan cadangan daripada pihak persatuan. Biasanya untuk kali pertama kita bagi amaran tetapi jika kesilapan berulang, kita akan ambil tindakan disiplin.
"Saya belum mendapat laporan rasmi, jadi saya rasa tidak adil untuk mengulas lanjut," katanya kepada pemberita selepas melawat latihan skuad ski air negara di Kompleks Sukan Air Putrajaya di sini, hari ini.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Low Beng Choo semalam dilaporkan mengesahkan terdapat dua atlet negara, iaitu daripada skuad futsal dan badminton melanggar perintah berkurung di Hotel Renaissance Kuala Lumpur, yang menjadi penginapan rasmi kontinjen negara.
Lebih 700 atlet berada di hotel berkenaan untuk kem persiapan terakhir kontinjen negara menjelang Sukan SEA dan sepanjang tempoh penginapan di situ, termasuk ketika temasya itu bermula 19-30 Ogos ini, mereka tidak dibenarkan keluar selepas 11.30 malam.
Marina, yang juga merupakan seorang bekas atlet dan pernah merangkul tujuh pingat emas dalam Sukan SEA mengingatkan semua atlet supaya menjaga disiplin dan mematuhi peraturan pada setiap masa.
"Disiplin sangat penting dan perkara begini tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi selepas bertungkus-lumus selama ini. Atlet perlu rehat yang cukup, fokus dan elakkan perkara yang boleh mengganggu emosi," katanya.
Mengulas mengenai skuad ski air negara, beliau berkata skuad itu menunjukkan semangat juang yang tinggi dan yakin mereka mampu menunjukkan prestasi yang baik pada temasya dwitahunan itu nanti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#disiplin
#KL2017
#kontinjen
#Low Beng Choo
#marina chin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan