awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CGF siasat Mohd Fazrul, sekali lagi hadapi masalah doping

Bernama
Bernama
30/06/2018
11:02 MYT
CGF siasat Mohd Fazrul, sekali lagi hadapi masalah doping
CGF sedang meneliti sampel ujian air kencing Mohd Fazrul berikutan penemuan unsur bahan larangan. - Bernama
Sudah jatuh ditimpa tangga! Itulah nasib atlet angkat berat negara, Mohd Fazrul Azrie Mohdad yang sekali lagi menghadapi masalah doping.
Atlet berusia 22 tahun itu yang masih menunggu sesi pendengaran Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), selepas positif dadah jenis stanozolol dalam ujian yang dilakukan oleh Agensi Antidoping Malaysia (ADAMAS) sebelum ke Sukan Komanwel, kini berada dalam siasatan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF).
CGF sedang meneliti sampel ujian air kencing pemenang pingat gangsa kategori bawah 85kg Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia itu, berikutan penemuan unsur bahan larangan.
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib mengesahkan bahawa, CGF baru-baru telah memaklumkan kepada pihaknya mengenai penemuan itu dalam ujian doping ketika temasya berkenaan pada April lalu.
"Kita menerima surat daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CGF, David Grevemberg bahawa terdapat penemuan unsur bahan larangan dalam sampel Muhammad Fazrul. Jadi kes ini sedang diteliti dengan dekat oleh CGF dan sekarang menunggu keputusan oleh pihak berkuasa berkenaan.
"Kita telah memaklumkan perkara ini kepada PABM untuk membuat siasatan atas perkara ini sebelum mendapat keputusan daripada CGF," katanya kepada Bernama hari ini.
Mohd Nazifuddin berkata, buat masa ini pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada pingat gangsa itu akan ditarik balik atau tidak.
PABM berada dalam dilema apabila selain Mohd Fazrul, tiga atlet pelapis negara, Muhammad Hakimie Haikal Nordin, Muhamad Zaidi Mohd Nordin dan Ronny Jesos, turut didapati positif Stanozolol ketika ujian mengejut Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) pada 28 Mac lalu.
Berikutan itu, PABM mengambil tindakan drastik dengan menggantung penyertaan atlet negara daripada sebarang kejohanan antarabangsa selama setahun termasuk Sukan Asia 2018 di Indonesia, Ogos ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet angkat berat
#atlet negara
#CGF
#masalah doping
#mohd fazrul
#Mohd Fazrul Azrie Mohdad
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan