PRESIDEN kelab Chapecoense, Ivan Tozzo, berkata pasukannya telah diminta meneruskan aksi Brasileiro sebagai penghormatan terhadap pemain dan pegawai yang telah terkorban dalam nahas kapal terbang sebelum aksi final Copa Sudamericana.
Penerbangan tersebut -- yang membawa 19 pemain skuad utama dan beberapa wartawan -- terhempas di Cerro Gordo, Colombia, kelmarin, mengorbankan 71 daripada 77 penumpang yang berada di atas pesawat tersebut.
Chapecoense berada di Colombia bagi menghadapi Atletico Nacional dalam aksi final pertama.
Bagaimanapun, Atletico telah meminta agar Chapecoense dinobat juara oleh CONMEBOL.
Tozzo, yang sebelum ini memegang jawatan selaku naib presiden, telah dilantik sebagai presiden kelab itu.
Dia mendedahkan pada Rabu bahawa Persatuan Bola Sepak Brazil (CBF) telah meminta pasukannya mempersiapkan pasukan bagi menghadapai Altetico Mineiro pada 11 Disember ini.
"Saya telah bercakap dengan presiden CBF, Marco Polo del Nero, dan dia memberitahu saya bahawa mereka telah merancang acara besar-besaran dalam aksi berdepan Atletico Mineiro.
"Namun, saya memberitahunya bahawa kami tidak memiliki 11 pemain untuk beraksi.
"Dia memberitahu saya: 'Kamu memiliki skuad B-20 tahun. Turunkan mereka yang sudah pulih daripada kecederaan dan selebihnya turunkan pemain muda.
"Keputusan di akhir perlawanan tidak penting. Chapeco layak diberi penghormatan tertinggi."'
Susulan kehilangan skuad utama, beberapa kelab di Brazil telah menawarkan untuk meminjamkan pemain mereka secara percuma bagi membantu Chapecoense mengharungi musim ini.
Sementara itu, Chapecoense mendedahkan tiga pemain yang terselamat sedang menjalani proses rawatan.
Kaki penjaga gol, Jackson Follmann, telah dipotong, dengan doktor yang merawatnya sedang dalam perbincangan untuk memotong kedua-dua kakinya.
Neto disahkan dalam keadaan stabil manakala Alan Ruschel mampu menggerakkan tubuhnya selepas melalui pembedahan tulang belakang.
Astro Arena
Thu Dec 01 2016
Orang ramai mengambil bahagian dalam memberi penghormatan terakhir kepada pemain pasukan Brazil Chapecoense Real yang terbunuh dalam nahas kapal terbang di pergunungan Colombia, pada 29 Nov 2016 di Medellin, Colombia. - AFP Photo
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Chapecoense diminta teruskan aksi Brasileiro sebagai penghormatan
Penerbangan tersebut terhempas di Cerro Gordo, Colombia, mengorbankan 71 daripada 77 penumpang yang berada di atas pesawat.