awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Operasi penerbangan disambung semula di Qatar, Bahrain dan Kuwait
MALAYSIA
Beberapa penerbangan ke Asia Barat batal, syarikat diarah ambil langkah mitigasi - Loke
DUNIA
PBB kecam serangan Israel ke atas Penjara Evin, dakwa langgar undang-undang kemanusiaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Chelsea berminat sambar Garnacho

Sinar Harian
Sinar Harian
24/06/2025
03:25 MYT
Sponsor Banner
Chelsea berminat sambar Garnacho
Garnacho mencetuskan perhatian dengan memuat naik gambar dirinya mengenakan jersi Aston Villa dengan nama Marcus Rashford di belakang ketika sedang bercuti. - Instagram Garnacho
CHELSEA dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan pemain sayap muda Manchester United, Alejandro Garnacho pada jendela perpindahan musim panas ini ketika United pula dilapor memantau situasi Christopher Nkunku sebagai pilihan tambahan dalam skuad mereka.
Nama Garnacho telah berada dalam senarai sasaran Chelsea sejak Januari lalu apabila kelab itu hampir cuba untuk mendapatkan khidmat pemain Argentina berusia 20 tahun itu.
Difahamkan ketika itu, Chelsea berpotensi memiliki kelebihan berbanding kelab-kelab lain sekiranya mereka kembali membuat tawaran pada musim panas ini.
Namun, terdapat kebimbangan mengenai sikap pemain muda itu terutama selepas beberapa insiden yang menimbulkan kontroversi bersama United.
Antaranya termasuk insiden minggu ini apabila Garnacho mencetuskan perhatian dengan memuat naik gambar dirinya mengenakan jersi Aston Villa dengan nama Marcus Rashford di belakang ketika sedang bercuti.
Dalam masa sama, Chelsea turut mengekalkan minat yang tinggi terhadap pemain Borussia Dortmund, Jamie Gittens namun masih belum menemui jalan penyelesaian untuk memuktamadkan perpindahan.
Chelsea sebelum ini dilapor mengemukakan bidaan bernilai £42 juta (RM241 juta) terhadap Gittens dalam jendela perpindahan FIFA yang dibuka sebelum Piala Dunia Kelab, namun ditolak Dortmund yang menetapkan harga £50 juta (RM288 juta).
Difahamkan, Bayern Munich kini turut memasuki persaingan mendapatkan pemain muda England berusia 20 tahun itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Chelsea
#Manchester United
#Alejandro Garnacho
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami