[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

Chelsea hidupkan peluang beraksi di Eropah, tumbangkan juara liga dengan penuh bergaya

Astro Arena 05/05/2025 | 02:10 MYT
Palmer meraikan kejayaan menjaringkan gol ketiga bersama rakan sepasukan ketika perlawanan EPL antara Chelsea dan Liverpool di Stamford Bridge, London, Britain, 4 Mei 2025. REUTERS
CHELSEA menghidupkan peluang mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara dengan kemenangan 3-1 ke atas juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool di Stamford Bridge.
Enzo Fernandez dan Cole Palmer menemui sasaran ketika skuad kendalian Enzo Maresca kini memasuki kelompok lima pasukan teratas EPL.
Fernandez membuka jaringan seawal minit ketiga permainan, mengawal rapi hantaran silang Pedro Neto sebelum menyumbat masuk bola melepasi Alisson.
The Blues menggandakan kelebihan dengan penuh bergaya pada minit ke-58, apabila usaha Virgil van Dijk mengeluarkan bola daripada kotak penalti terkena Jarrell Quansah dan menjaringkan gol sendiri.
Van Dijk memberikan harapan buat The Reds lima minit sebelum tamat permainan apabila menanduk masuk sepakan sudut Alexis Mac Allister.
Bagaimanapun, Chelsea menutup permainan dengan kemenangan bergaya, selepas Cole Palmer menyempurnakan sepakan penalti yang berpunca daripada Quansah menjatuhkan Moises Caicedo.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Chelsea #Liverpool #UCL #EPL