ANTONIO Conte menyifatkan Chelsea telah melakukan jenayah terhadap bola sepak di atas persembahan mereka berdepan Manchester City dengan menyifatkan pendekatan jentera serangannya yang memalukan.
Chelsea tidak mencetak sebarang percubaan tepat ke gawang gol sepanjang 90 minit ketika tewas 1-0 di Stadium Etihad, dengan Eden Hazard, Pedro dan Willian gagal bertindak cemerlang ketika berdepan City.
"Anti bola sepak" merupakan label kepada aksi Chelsea dalam perlawanan ini, tetapi Conte cuba memastikan pasukannya tidak tewas 3-0 seperti Arsenal dalam dua aksi berturut-turut berdepan City.
"Saya berasakan kami perlu menerima kritikan tetapi saya tidak bodoh berdepan Manchester City secara terbuka dan tewas 3-0 atau 4-0," kata Conte.
"Arsenal telah beraksi berdepan mereka dua kali dan mereka bolos tiga gol dalam tempoh 30 minit.
"Pemain-pemain telah mengikut arahan saya. Kami telah membuat persediaan sebegini, kami telah cuba memberikan ruang kepada City.
"Berdepan City, anda harus menggunakan otak anda, jika tidak pasukan mungkin tewas 3-0 atau 4-0."
Chelsea kini telah tewas empat perlawanan daripada lima pertemuan, kekalahan yang lain hadir ketika berdepan Bournemouth, Watford dan Manchester United.
Astro Arena
Sun Mar 04 2018
Antonio Conte kelihatan bersedih ketika perlawanan EPL antara Manchester City dan Chelsea di Stadium Etihad, Manchester, Britain, 4 Mac, 2018. REUTERS
Anak KPD maut tertembak: Polis tunggu laporan forensik telefon bimbit
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan masih diteruskan termasuk mendapatkan maklumat kandungan dalam telefon bimbit mangsa.
Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan
Beliau berkata Wan Muhammad Azri ditahan di rumahnya di Setapak tengah hari tadi.
Nahas helikopter Lumut: 'Wira negara, damailah kalian di sana...'
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia.
LHDN tak cadang lanjut tempoh kuat kuasa e-invois, beri pendidikan kepada PKS
Sebanyak 4,000 syarikat yang memperoleh pendapatan melebihi RM100 juta setahun disasarkan terbabit dalam pelaksanaan e-invois yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Chelsea lakukan jenayah terhadap bola sepak - Conte
Chelsea tidak mencetak sebarang percubaan tepat ke gawang gol sepanjang 90 minit ketika tewas 1-0 di Stadium Etihad, dengan Eden Hazard, Pedro dan Willian gagal bertindak cemerlang.