awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belian saat akhir lonjak petunjuk pasaran Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi
Pemergian Khaleda Zia: Bangladesh isytihar berkabung tiga hari
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chelsea, Leicester didenda gara-gara pergaduhan di Stamford Bridge

Astro Arena
Astro Arena
02/06/2021
04:23 MYT
Chelsea, Leicester didenda gara-gara pergaduhan di Stamford Bridge
Pemain Leicester City dan Chelsea bergaduh ketika perlawanan EPL di Stadium Stamford Bridge, London, 18 Mei, 2021. (Foto AP)
CHELSEA dan Leicester City masing-masing didenda sebanyak £22,500 (RM131,422) oleh Persatuan Bolasepak England (FA) gara-gara pergaduhan di antara pemain kedua-dua pasukan itu dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bulan lalu.
Terjahan yang dilakukan Ricardo Pereira ke atas bekas rakan sepasukannya, Ben Chilwell, pada lewat permainan itu mencetus pergaduhan yang turut melibatkan beberapa pegawai pasukan.
Tiga pemain Leicester -- Pereira, Nampalys Mendy dan pemain gantian, Daniel Amartey -- dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Mike Dean, kerana penglibatan mereka dalam insiden itu.
Chelsea menang 2-1 dalam perlawanan pada 18 Mei itu, tiga hari selepas tewas kepada lawan sama dalam final Piala FA.
FA pada bulan lalu mendakwa Chelsea dan Leicester atas kesalahan gagal mengawal tingkah laku pemain dan kedua-dua pasukan itu menerima hukuman berkenaan.
Regulation and Discipline update on @ChelseaFC and @LCFC pic.twitter.com/tUTNDCTW6Q
— FA Spokesperson (@FAspokesperson) June 1, 2021
FA berkata dalam satu kenyataan: "Chelsea FC dan Leicester City FC telah didenda sebanyak £22,500 setiap satu selepas mengakui melanggar undang-undang E20.1 dalam perlawanan EPL pada Selasa, 18 Mei 2021.
"Kedua-dua kelab itu mengakui mereka gagal memastikan pemain dan pegawai mereka mengawal diri dengan sebaiknya dan mengelak daripada sebarang bentuk kelakuan provokasi pada minit ke-93 perlawanan itu."
Kemenangan dalam perlawanan kedua terakhir itu terbukti benar-benar penting buat Chelsea apabila mereka menamatkan musim di tangga keempat dengan berkelebihan satu anak tangga dan satu mata di depan Leicester.
Topic Berkaitan
#Liga Perdana Inggeris
#EPL
#undang-undang
#Piala FA
#bola sepak
#England
#Chelsea
#Leicester City
#pergaduhan
#provokasi
#denda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan