SPORTS
Chelsea mara bergaya ke final Liga Konferensi

Aksi Dewsbury-Hall menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan Liga Konferensi Europa antara Chelsea dan Djurgarden, di Stadium Stamford Bridge, London, 8 Mei 2025. (Foto AP)
KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea mara ke perlawanan akhir Liga Konferensi Europa selepas menjinakkan kelab Sweden, Djurgarden, 5-1 secara agregat pada Jumaat.
The Blues kendalian Enzo Maresca yang berbekalkan kemenangan selesa 4-1 di 3Arena pada timbal balik separuh akhir pertama bermula garang dengan sentuhan pada minit ke-38 jaringan Kiernan Dewsbury-Hall.
Anak buah Jani Honkavaara berusaha kembali dalam permainan, namun kekentalan pertahanan The Blues menyaksikan keputusan kekal mengiring kemaraan Chelsea ke pentas final kejuaraan Eropah tahap dua tersebut.
"Sungguh menakjubkan untuk berada di final."Kami menetapkan sasaran pada awal musim untuk melangkah sejauh yang kami mampu dalam kejohanan ini.
"Dan ia merupakan beberapa bulan yang panjang, tetapi tinggal satu perlawanan lagi dan semoga kami dapat menjulang trofi ini," Dewsbury-Hall selepas perlawanan di Stadium Stamford Bridge.
Sementara itu, gergasi La Liga Sepanyol, Real Betis menjadi lawan Chelsea dalam perlawanan akhir selepas menang 4-3 secara agregat ke atas kelab Serie A, Fiorentina.
Perlawanan timbal balik kedua di Stadium Artemio Franchi menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas Betis membawa kemenangan selesa 2-1 dari Stadium Benito Villamarín pada Jumaat lalu.
Chelsea dan Betis dijadualkan berentap di perlawanan akhir di Stadium Arena Tarczynski, Poland pada 29 Mei depan. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami