BRIGHTON 1 CHELSEA 1
Rehat adalah satu-satunya penawar kepada kelesuan Chelsea yang berterusan, menurut Thomas Tuchel.
The Blues terikat 1-1 dengan Brighton & Hove Albion, awal pagi tadi, untuk melanjutkan rentak tanpa kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada empat perlawanan -- pencapaian terburuk mereka di bawah bimbingan Tuchel.
Chelsea hanya menang sekali daripada tujuh perlawanan terakhir liga selain 12 mata di belakang pendahulu, Manchester City, yang mempunyai kelebihan satu perlawanan.
Pertemuan dengan Brighton itu adalah perlawanan ke-15 jaguh Liga Juara-Juara berkenaan sejak awal bulan lalu, justeru pengendali tersebut percaya satu-satunya cara untuk mereka kembali ke landasan tepat adalah melalui rehat.
"Kami kelihatan letih," katanya kepada BT Sport selepas tandukan Adam Webster membatalkan gol pembukaan Hakim Ziyech.
"Kami sedar mereka sudah bersedia, mereka mempunyai lebih banyak masa untuk membuat persiapan dan anda lihat pada akhirnya stadium ini bersorak meraikan kemenangan.
"Kami memerlukan kekuatan penuh untuk mengatasi halangan ini. Pada saat ini tiada sebarang kesilapan yang dilakukan. Kami telah mencuba segala-galanya. Kami penat daripada segi mental dan fizikal. Kami memerlukan beberapa hari cuti, tiada penyelesaian lain lagi.
"Kami mendapat cuti selama dua hari, kemudian dua hari lagi untuk membuat persiapan menghadapi Tottenham. Tiada penyelesaian lain," katanya.
Tuchel mengkritik Ziyech selepas mereka tumbang 0-1 kepada City pada hujung minggu lalu dan bekas pemain sayap Ajax itu tidak meraikan golnya dalam separuh masa pertama.
Dia juga kerap terlibat dalam perbualan hangat dengan Romelu Lukaku.
Pengurus kelab yang berpangkalan di London itu tidak terganggu oleh salah satu daripada faktor tersebut.
"Saya gembira. (Ziyech) boleh menjaringkan 20 lagi dan tidak meraikannya, saya tiada masalah," katanya lagi.
"Biasalah mereka meluahkan pandangan. Biasalah mereka tidak gembira dan mereka tidak suka jika kami kata kami menuntut lebih banyak lagi daripada mereka. Dalam soal reaksinya terhadap jaringan, anda boleh lihat kami kepenatan kerana kami cuba menjimatkan tenaga dalam soal itu."
Astro Arena
Wed Jan 19 2022

Chelsea hanya menang sekali daripada tujuh perlawanan terakhir liga selain 12 mata di belakang pendahulu, Manchester City. - Astro ARENA

Datakraf Solution lebarkan sayap ke Asia Tenggara, jalin kerjasama dengan AT&T Cybersecurity
Kerjasama itu melibatkan sistem keselamatan siber bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh rantau Asia Tenggara.

Mansuh AP bahan makanan satu solusi cetek - Berjasa
Lukman Al Hakim berkata keputusan itu hanya mampu menyelesaikan salah satu faktor kenaikan harga bahan makanan di Malaysia kerana dimonopoli kartel tertentu yang dilindungi kepentingannya.

AWANI Ringkas: SRIKANDI Bersatu sudah siap-sedia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Haji: TH keluarkan tawaran panggilan kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19 | Tiga kematian baharu, 2,124 kes baharu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiga kematian baharu setakat tengah malam tadi. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan sebanyak 35,633 kes, daripada 4.48 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Harga tiket muzium di Melaka naik tak jejas usaha tarik pengunjung
Kenaikan sebanyak 60 hingga 100 peratus itu telah dikaji dan ia bertepatan dengan penambahbaikan yang akan dilaksanakan.

Pemansuhan AP bukan langkah tergesa-gesa - Shahril Sufian Hamdan
Ia membolehkan sesiapa sahaja dalam pasaran tempatan untuk mengakses sumber pasaran luar alternatif.

Produktiviti buruh meningkat 2.7 peratus pada suku pertama 2022 - Perangkaan
Mohd Uzir berkata dengan indikator penunjuk ekonomi yang lebih memberangsangkan, ekonomi serta pasaran buruh akan terus berkembang pada bulan-bulan ke hadapan.

Tiga warga Indonesia ditahan jaja jeruk di lampu isyarat
Mereka yang berusia 26 hingga 40 tahun ditahan menerusi Op Bersepadu Khas Penjaja Jalanan pada 12.15 tengah hari.

KKM dirayu iktiraf penemuan baharu didakwa vaksin COVID-19
Permohonan telah dihantar kepada KKM sejak 15 Mac lalu disusuli kepada NPRA pada 15 Mei sebagai proses mendapatkan kelulusan untuk digunakan secara lebih meluas.

Sukan SEA Hanoi: Skuad bola sepak negara terkandas di separuh akhir
Perjalanan skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan di temasya Sukan SEA ke-31 terhenti di peringkat separuh akhir selepas tewas 0-1 kepada juara bertahan Vietnam.

Ten Hag perlukan masa terap falsafah untuk Man Utd - Arveladze
Arveladze, yang kini mengendalikan Hull City, percaya Ten Hag mampu memberikan impak besar di United.

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sukan SEA: Vietnam lawan skuad B-23 kebangsaan di separuh akhir
Malaysia akan membuat perhitungan menentang juara bertahan, Vietnam di peringkat separuh akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA ke-31.

Sukan SEA Hanoi: Skuad Harimau Muda ikat perlawanan 2-2 dengan Kemboja
Perlawanan babak pertama kelihatan agak perlahan apabila pasukan Malaysia masih dalam usaha untuk membaca strategi pihak lawan.

Sukan SEA Hanoi: Kemenangan Thailand sahkan slot separuh akhir Harimau Muda
Malaysia layak ke peringkat separuh akhir saingan bola sepak lelaki Sukan SEA ke-31 sekali gus menghampiri pencapaian gemilang merangkul pingat emas pada edisi 2011 di Indonesia.

Sukan SEA: Singapura sekat hajat anak buah Maloney tempah slot separuh akhir lebih awal
Malaysia terlepas peluang muncul pasukan pertama mara ke peringkat separuh akhir saingan bola sepak lelaki Sukan SEA ke-31, selepas seri 2-2 menentang 'musuh' tradisi Singapura.

Skuad Harimauwati Malaya jalani latihan di Bangladesh
Ia sebagai persediaan mengharungi Kejohanan Bolasepak Wanita Persekutuan Bola sepak Asean (AFF) 2022 di Filipina, Julai ini.

Sukan SEA Hanoi: Tuaian emas kontinjen Malaysia berterusan
Seperti disasarkan, kontinjen negara terus cemerlang menuai pingat emas pada hari keenam Sukan SEA ke-31 di Hanoi.