SUKAN
Cheong Min rangkul emas hari pertama Kejohanan Wushu Wanita ASEAN-China 2025
Cheong Min muncul juara dalam acara nanquan kategori dewasa dengan 9.703 mata, menewaskan atlet China Fu Zhenli dengan 9.680 mata. - Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia
KUALA LUMPUR: Ratu wushu negara, Tan Cheong Min menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia pada Kejohanan Wushu Wanita ASEAN-China 2025 edisi sulung yang berlangsung di Royale Chulan Seremban, Negeri Sembilan semalam.
Majlis Sukan Negara (MSN) dalam hantaran di Facebook semalam memaklumkan Cheong Min muncul juara dalam acara nanquan kategori dewasa selepas menampilkan aksi bertenaga untuk meraih 9.703 mata, menewaskan atlet China Fu Zhenli dengan 9.680 mata.
Malaysia turut mencatatkan beberapa keputusan membanggakan pada hari pertama kejohanan dengan Pang Pui Yee meraih pingat perak dalam acara changquan kategori dewasa dengan 9.750 mata di belakang wakil China, Xu Jiaqian (9.773), manakala pingat gangsa milik atlet Singapura Tan Zoe Ziyi (9.720).
Dalam acara taijiquan kategori dewasa, kontinjen negara menambah pingat menerusi Sydney Chin Sy Xuan (9.773) dan Mandy Cebelle Chen (9.750) yang masing-masing merangkul pingat perak dan gangsa, di belakang atlet Singapura, Law Zeanne Zhi Ning dengan 9.790 mata.
Dalam kategori remaja, Amber Tan Ling Xin menyumbang pingat gangsa bagi Malaysia bagi acara changquan dengan 9.240 mata, manakala Tan Chui Yu meraih pingat perak dalam acara nanquan selepas mengumpul 9.726 mata.
-- BERNAMA