awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cheong Min sambar emas di Sukan Tempur Dunia

Bernama
Bernama
22/10/2023
13:55 MYT
Cheong Min sambar emas di Sukan Tempur Dunia
Ratu wusyu negara Tan Cheong Min terus mengharumkan nama Malaysia selepas merangkul pingat emas dalam acara kombinasi nanquan dan nandao wanita pada temasya Sukan Tempur Dunia 2023. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ratu wusyu negara Tan Cheong Min terus mengharumkan nama Malaysia selepas merangkul pingat emas dalam acara kombinasi nanquan dan nandao wanita pada temasya Sukan Tempur Dunia 2023 di King Saud University di Riyadh, Arab Saudi, hari ini.
Cheong Min, juara dunia 2019 yang masih segar dengan pencapaian pingat perak dalam acara itu pada Sukan Asia Hangzhou 2022 bulan lepas, mengungguli saingan selepas mengumpul keseluruhan 19.486 mata, demikian menurut laman sesawang kejohanan https://results.riyadh2023.com/.
Pingat perak disambar atlet Uzbekistan Darya Latisheva dengan meraih 19.292 mata sementara gangsa menjadi milik wakil Iran Hanieh Rajabi selepas mengumpul 18.950 mata.
" Kali ini saya mampu meraih pingat emas, kejohanan ini juga sebagai platform dan persiapan bagi menghadapi Kejohanan Dunia (di Texas, Amerika Syarikat pada November)," kata Cheong Min menerusi klip video yang dikongsikan kepada media.
Dalam pada itu, Malaysia turut menuai gangsa dalam acara kombinasi jianshu dan qiangshu wanita menerusi Pang Pui Yee yang mengumpul keseluruhan 19.392 mata dalam saingan final.
Atlet Macau Li Yi menggondol emas selepas berjaya mencuri hati juri dengan meraih 19.479 mata dan perak dimenangi Zahra Kiani dari Iran yang memungut 19.396 mata.
Sementara itu, nasib tidak menyebelahi Tan Zhi Yan yang menamatkan final kombinasi taijiquan dan taijijian lelaki di kedudukan kelima dengan catatan 19.153 mata.
Semalam, hasrat wakil negara yang juga juara dunia 2017, Wong Weng Son untuk menghadiahkan pingat tidak kesampaian selepas mengakhiri final changquan lelaki di tempat keempat.
Sukan Tempur Dunia 2023 dari 20 hingga 30 Okt ini mempertandingkan keseluruhan 16 sukan tempur antaranya aikido, lawan pedang, judo, karate, Muay Thai, sumo dan taekwondo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tan Cheong Min
#wusyu
#Sukan Tempur Dunia
#Malaysia
#pingat emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan