Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini mengumumkan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan bintang Sepanyol Carolina Marin sebagai pilihan utama, masing-masing dalam acara Perseorangan Lelaki dan Perseorangan Wanita badminton Sukan Olimpik Rio.
Dalam kenyataan BWF, kedudukan itu adalah berdasarkan Ranking Dunia hari ini bagi pemain yang disahkan layak ke Olimpik dan ranking itu akan digunakan dalam undian pada Selasa, 26 Julai.
Chong Wei, muncul naib juara dalam dua temasya Olimpik yang lalu dan menduduki pilihan kedua ialah juara dunia dua kali Chen Long sementara juara Olimpik sebanyak dua kali, Lin Dan diletakkan sebagai pilihan ketiga.
Pilihan lain dalam acara peseorangan Lelaki ialah pemain Denmark Viktor Axelsen (4) dan Jan Jorgensen (5), pemain Chinese Taipei Tien Chen (6), pemain Indonesia Tommy Sugiarto (7), pemain Korea Son Wan Ho (8), pemain India Kidambi Srikanth (9), pemain Kong Kong Hu Yun (10), pemain Jerman Marc Zwiebler (12) dan pemain England Rajiv Ouseph (13).
Sementara itu, dalam acara Perseorangan Wanita, juara Dunia dua kali Carolina Marin mengatasi dua pemain dari China; Wang Yihan (2) dan juara bertahan Olimpik, Li Xuerui (3).
Ini diikuti pemain Thailand, Ratchanok Intanon (4); juara tiga gelaran Supersiri Dunia tahun ini iaitu pemain India Saina Nehwal (5); pemain Jepun Nozomi Okuhara (6); pemain Korea Sung Ji Hyun (7), pemain Chinese Taipei Tai Tzu Ying (8); PV Sindhu (9,India); Akane Yamaguchi (10, Jepun); Kirsty Gilmour (11; Great Britain), Porntip Buranaprasestsuk (12; Thailand) dan Bae Yeon Ju (12; Korea).
Selain itu, terdapat hanya empat pilihan dalam setiap kategori ketiga-tiga beregu. Pilihan Utama Beregu Lelaki ialah juara Terbuka BCA Indonesia iaitu pasangan Korea, Lee Yong Dae/Yoo Yeong Seong, Juara Dunia Indonesia Mohammad Ahsan/Hendra Setiawan (2). Beregu Korea Kim Gi Jung/Kim Sa Rang dan beregu China Fu Haifeng/Zhang Nan, masing-masing diletakkan sebagai pilihan ketiga dan keempat.
Pilihan utama Beregu Lelaki diketuai disandang oleh juara tiga kali Supersiri Dunia iaitu beregu Jepun Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi, beregu China Tang Yuanting/Yu Yang (2); beregu Indonesia Greysia Polii/Nitya Krishinda Maheswari (3) dan beregu Korea Jung Kyung Eun/Shin Seung Chan (4).
Juara bertahan, Zhang Nan/Zhao Yunle (China) ialah pilihan utama dalam Beregu Campuran, diikuti oleh pasangan Korea Ko Sung Hyun/Kim Ha Na, juara Terbuka OUE Singapura sementara juara Terbuka Malaysia Celcom Axiata Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir (Indonesia) dan juara Terbuka Jepun tahun lepas Joachim Fisher Nielsen/Chirstinna Pedersen, masing-masing sebagai pilihan ketiga dan keempat.
Kenyataan itu berkata undian Perseorangan Lelaki mengandungi 41 pemain dan Perseorangan Wanita 40 pemain, yang masing-masing dibahagikan kepada 13 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai seorang pemain pilihan.
Sementara itu, undian dalam acara beregu mengandungi empat kumpulan terdiri daripada empat pasangan dengan setiap kumpulan mempunyai pilihan utama beregu.
Bernama
Thu Jul 21 2016
Lee Chong Wei (gambar) diumum sebagai pilihan utama dalam acara Perseorangan Lelaki. -Gambar fail
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.
Soh Wooi Yik sudah jalani latihan penuh, kembali beraksi bulan depan
Pemain beregu lelaki negara Soh Wooi Yik kini sudah menjalani latihan penuh pada Khamis lepas setelah mengalami kecederaan jari kaki kanan sebelum ini.
BAM umum skuad negara ke Kejohanan Remaja Dunia BWF 2024
BAM mengumumkan barisan skuad kebangsaan bagi kedua-dua kategori berpasukan campuran dan individu untuk Kejohanan Remaja Dunia BWF 2024.
Zii Jia iringi empat wakil negara ke Olimpik Paris 2024
Dua pemain perseorangan dan tiga beregu badminton negara secara rasmi disahkan slot penampilan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Cabar handalan dunia jadi kayu ukur prestasi sebenar - Letshanaa
Letshanaa menyedari ia bukan tugas mudah sekiranya diundi bertemu pemain handalan seawal pusingan pertama sepanjang tempoh kelayakan.
Rexy optimis Tang Jie-Ee Wei tempah slot Olimpik di All England
Keyakinan itu berasaskan prestasi dipamerkan pasangan berkenaan pada Kejohanan Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China, Disember lepas.
Aaron sasar permulaan positif di Terbuka Malaysia 2024
Aaron Chia berharap dapat mengharungi kempen musim ini dengan sempurna, bermula dengan prestasi positif di kejohanan Terbuka Malaysia 2024 pada 9 hingga 14 Jan ini.
BWF perlu kaji semula model penganjuran Piala Thomas dan Uber - Kenny
Kenny berkata perbincangan dalaman perlu mengenai hak penganjuran untuk kejohanan berpasukan dunia lelaki dan wanita.
Perjuangan Tang Jie-Ee Wei berakhir
Kekalahan itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei menduduki tangga tercorot Kumpulan A di belakang tiga lagi beregu.