KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wee berkongsi bagaimana keinginan untuk berjaya telah mendorong beliau menjadi 'superstar' sukan badminton sehingga disenarai dalam Badminton Hall of Fame Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.
Menurut Chong Wei, beliau sentiasa mahu menjadi pemain terbaik dunia kerana padanya, bergelar pemain nombor satu Malaysia masih belum memadai.
"Dalam fikiran, saya sentiasa mahu menjadi rakyat Malaysia pertama, (menjadi) yang pertama (rakyat Malaysia) menjadi nombor satu dunia.
"Saya selalu tanam dalam minda bahawa saya mahu jadi pemain Malaysia pertama memegang gelaran nombor satu dunia paling lama," katanya kepada pemberita pada majlis pemasyhuran Badminton Hall of Fame BWF di sini hari ini.
Chong Wei mengakui cabaran daripada 'musuh tradisinya' Lin Dan menjadi pendorong kepada beliau untuk layak ke perlawanan akhir dalam setiap kejohanan, kerana kedua-dua mereka sering kali cuba mengatasi satu sama lain dalam pertandingan.
Walaupun Lin Dan menjadi musuh utamanya dalam gelanggang, namun pemain China yang kini berusia 39 tahun itu sentiasa memberi dorongan diperlukan untuk berada dalam kelasnya tersendiri.
"Sama ada saya atau dia (Lin Dan) menang, saya sentiasa mahu bersaing (pastikan) kedua-dua kami akan mara ke final. Saya sentiasa mahu kalahkan Lin Dan dan kami memberi galakkan antara satu sama lain setiap kali di final," katanya.
Hari ini, Chong Wei dan Lin Dan dimasyhurkan dalam Badminton Hall of Fame BWF atas kejayaan dan sumbangan mereka terhadap sukan badminton dengan muncul sebagai pemain perseorangan lelaki paling dominan ketika era kegemilangan mereka.
Penguasaan Chong Wei dan Lin Dan dalam arena badminton menyaksikan mereka bertanding sesama sendiri dalam lima perlawanan akhir di temasya Sukan Olimpik dan 10 Kejohanan Dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023

Bekas pemain badminton perseorangan negara Datuk Dr Lee Chong Wei ketika berucap selepas menerima anugerah BWF Hall Of Fame 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman
PDRM mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Chong Wei, Lin Dan, layak berada di Dewan Kemasyhuran - BWF
Kedua-dua pemain itu berhak mendapat pengiktirafan seperti yang diberi pada 26 Mei lalu berikutan sumbangan cemerlang dalam sukan badminton.

KBS percaya BWF ada sebab kukuh beri pengiktirafan kepada Chong Wei
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) percaya Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mempunyai sebab yang kukuh sebelum mereka memutuskan untuk memberi pengiktirafan kepada Chong Wei.

Chong Wei minta Taufik hubungi BWF berkenaan Hall of Fame
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei meminta bekas jaguh badminton Indonesia Taufik Hidayat, untuk menghubungi BWF berkenaan pemilihan beliau dalam Hall of Fame 2023 BWF baru-baru ini.

Hall of Fame: Taufik Hidayat persoal pemilihan Chong Wei?
Sebuah rakaman video rancangan bual bicara di Indonesia menjadi tular apabila Taufik seolah-olah mempersoalkan pemilihan Chong Wei untuk berada dalam senarai itu.

BWF tolak cadangan Chong Wei
Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Poul-Erik Hoyer tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan jumlah kejohanan dalam kalendar penganjuran badan sukan itu.

Chong Wei cadang kejohanan anjuran BWF fokus kualiti bukan kuantiti
Chong Wei berpandangan jadual kejohanan anjuran BWF begitu padat sehingga memberi kesan negatif kepada prestasi pemain di seluruh dunia.

Chong Wei kongsi resipi kejayaan
Menurut Chong Wei, beliau sentiasa mahu menjadi pemain terbaik dunia kerana padanya, bergelar pemain nombor satu Malaysia masih belum memadai.

Belum masanya isi kekosongan CEO ABM - Chong Wei
Lee Chong Wei berkata beliau belum memikirkan soal mengisi kekosongan selaku CEO ABM bagi menggantikan Michelle Chai yang meletakkan jawatan baru-baru ini.

Chong Wei berbesar hati sertai Hall of Fame BWF
Dipilih bersama 'musuh' tradisinya, Lin Dan, menjadikan perkara itu lebih istimewa buat legenda badminton negara.

Chong Wei, Lin Dan dipilih dalam 'Hall of Fame' BWF
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan 'musuh' tradisinya dari China, Lin Dan dipilih dalam Hall of Fame Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2023.