Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan ratu terjun negara Pandelela Rinong dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara 2012 di sini malam.
Bagi Chong Wei ini adalah kali keempat beliau menerima anugerah itu, dengan pertama kali menerima anugerah berkenaan pada tahun 2005 dan diikuti pada 2008 dan 2011.
Sementara Pandelela ini adalah kali kedua beliau menerima anugerah tersebut, pertama kali pada tahun lepas.
Chong Wei dan Pandelela masing-masing menerima trofi dan wang tunai RM20,000 daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang berkenan berangkat ke majlis tersebut.
Pandelela, 19, menyumbang pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-26 selain merangkul pingat gangsa bagi acara 10m platform individu pada Kejohanan Terjun Dunia Fina di Dubai tahun lepas.
Ratu terjun kebangsaan itu juga turut berada ditempat keempat pada kejohanan Terjun Dunia Fina di Moscow bagi acara 10m platform individu April tahun lepas serta memungut pingat gangsa bagi acara sama pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London.
Beliau juga menjadi atlet wanita Malaysia pertama menyumbang pingat dalam sejarah penglibatan Malaysia dalam Sukan Olimpik.
Sementara Chong Wei mengungguli pencapaian terbaik sepanjang tahun lepas termasuk menjadi juara dalam lima kejohanan antarabangsa antaranya kejohanan Super Series dan GP Emas Terbuka Malaysia.
Beliau juga dinobatkan sebagai naib juara sebanyak dua kali dalam Super Series di bawah kelolaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Antara atlet lain yang turut dicalon bagi anugerah Olahragawati Kebangsaan ialah Nur Suryani Muhamed Taibi (menembak), Datuk Nicol Ann David (skuasy), Esther Cheah Mei Lan (tenpin boling), Chai Fong Ying (wushu), Quzandria Nur Muhamad Fathil (ekuestrian) dan Fateha Mustapa (berbasikal).
Sementara Muhd Syafiq Ridhwan Abdul Malek (tenpin boling), Bryan Nickson Lomas (terjun), Ricky Leong Tze Wai (karate), Sazali Abd Samad (bina badan), Khairul Anuar Muhamad (memanah) dan Yu Peng Kean (lawan pedang) turut dicalonkan bagi anugerah Olahragawan Kebangsaan.
Manakala pemenang pingat perak acara memanah pada Sukan Paralimpik London 2012, Hasihin Sanawi dinobatkan sebagai Olahragawan Paralimpik Kebangsaan.
Beliau menerima trofi dan wang tunai RM10,000 manakala untuk kategori Olahragawati Paralimpik Kebangsaan pula tiada calon yang layak.
SENARAI PENERIMA ANUGERAH:
1. Olahragawan Kebangsaan: Datuk Lee Chong Wei
2. Olahragawati Kebangsaan: Pandelela Rinong
3. Pasukan Lelaki Kebangsaan: Skuad Hoki Remaja Kebangsaan -- Mohd Hazrul Faiz, Norhizat Sumantri, Faiz Helmi Jali, Muhamad Ramadhan Rosli, Shazrul Imran Nazli, Mohamad Syamim Mohd Yusof, Mohd Fitri Saari, Muhammad Noor Faieez Ibrahim, Shazril Irwan Nazli, Faizal Shaari, Dedy Ariyadi Jumaidi, Muhammad Aslam Mohammad Hanafiah, Muhammad Firhan Ashari, Amir Farid Ahmad Fuzi, Shahrul Azaddin Aus Karzie, Mohammad Izat Hakimi Jamaluddin, Kavin Kartik Govindasamy, Mohamad Azri Hassan
4. Pasukan Wanita Kebangsaan: Skuasy -- Datuk Nicol Ann David, Low Wee Wern, Delia Odette Arnold, Siti Munirah Jusoh
5. Olahragawan Paralimpik Kebangsaan: Hasihin Sanawi
6. Jurulatih Lelaki Kebangsaan: Rashid Sidek (badminton)
7. Anugerah Kepimpinan Sukan: Datuk Abu Samah Abdul Wahab (berbasikal), Datuk Seri Paul Mony Samuel (bola sepak)
8. Anugerah Tokoh Sukan 2012: Tan Sri Elyas Omar
9. Anugerah Khas 2012: Ng Chow Seng (angkat berat), Muhammad Zulfahmi Khairuddin (permotoran)
Bernama
Tue Apr 16 2013
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Anugerah Sukan Negara 2019/2020 ditangguh
Azizulhasni Awang dan ratu terjun Datuk Pandelela Rinong antara calon popular yang tersenarai bagi merebut anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan.
Anugerah Sukan Negara 2019 dan 2020 dibawa ke 2021
Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019 akan dibawa ke tahun 2021 bersama-sama dengan penganjuran ASN 2020.
Muhammad Rafiq, Amy Kwan Olahragawan dan Olahragawati 2018
Muhammad Rafiq muncul pemain boling lelaki ketiga diberikan pengiktirafan sedemikian selepas kali terakhir atlet sukan boling diangkat sebagai Olahragawan pada 1984 menerusi, Michael Chuah.
Khairy mahu atlet negara kekalkan prestasi cemerlang di peringkat dunia
Khairy menerusi ucapannya pada majlis Anugerah Sukan Negara malam tadi memuji pelbagai kejayaan yang diraih atlet negara sepanjang saingan tahun lalu.
Gelaran Olahragawan Kebangsaan lonjak semangat Mohd Azizulhasni
'The Pocket Rocketman' yang muncul sebagai juara dunia acara keirin pada Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2017 di Hong Kong berkata pengiktirafan tersebut memberinya motivasi.
Sultan Ahmad Shah dinobat tokoh Sukan ASN 2017
Sumbangan baginda sejak mengemudi badan induk itu pada 1984 tidak dapat dinafikan selepas kejayaan demi kejayaan berjaya diraih skuad kebangsaan sehingga menduduki ranking ke-79 dunia.
ASN 2017: Azizulhasni, Jun Hoong tepati ramalan
Pelumba berusia 30 tahun dari Dungun, Terengganu yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman terus diberikan pengiktirafan selepas beraksi cemerlang pada tahun lepas.
Penerima Anugerah Sukan Negara diharap jadi pencetus inspirasi kepada atlet pelapis
Perjuangan atlet negara bukan hanya untuk diri sendiri, sebaliknya mereka berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia di persada sukan tempatan dan antarabangsa.
Mohd Al-Jufferi, Pandelela dipilih Olahragawan, Olahragawati Negara
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Felicia Mikat pula dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan 2015.
Chong Wei, Pandelela dinobat Olahragawan & Olahragawati Kebangsaan
Jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei dan ratu terjun Pandelela Rinong dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan.