Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bersedia menyahut cabaran seteru utamanya, Lin Dan untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo, 2020 sekali gus melengkapkan aksi 20 tahun di pentas Olimpik itu.
Chong Wei berkata beliau sangat berbesar hati apabila mendapat kata-kata semangat daripada pemain terkemuka China itu, yang menyatakan tidak akan berundur dalam dunia badminton selagi beliau masih mahu beraksi.
"Saya rasa bangga apabila dia dilaporkan berkata 'disebabkan Chong Wei masih belum bersara dari badminton', itu berikan semangat untuk saya terus bermain. Saya berharap dapat menentang beliau di Tokyo 2020 dan ianya akan menjadi satu kenyataan. Sama seperti yang saya katakan dalam temu ramah sebelum ini, dengan kebenaran Tuhan dan jika kesihatan saya mengizinkan. Saya berharap memasuki gelanggang di Tokyo tahun hadapan.
"Tahun hadapan mungkin akan menjadi olimpik kelima dan terakhir saya dan lawan saya yang terhebat. Tentunya bagus untuk bertemu Lin Dan, di mana pertembungan kami cukup 20 tahun," katanya dalam Instagramnya @leechongweiofficial hari ini.
Media tempatan hari ini melaporkan, pemenang pingat emas Sukan Olimpik dua kali, Lin Dan berkata beliau akan menamatkan kariernya dalam sukan badminton, hanya sekiranya saingan utamanya dalam sukan itu, Chong Wei juga memutuskan berbuat demikian.
Pemain berumur 36 tahun itu mengakui beliau sedang berjuang sebaik mungkin dalam arena badminton untuk mencabar diri sendiri, di samping menampilkan teladan baik buat pemain-pemain muda.
Chong Wei turut mengucapkan kejayaan untuk Lin Dan di Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang sedang berlangsung di Arena Axiata, Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil sehingga hujung minggu ini.
"Sahabatku Lin Dan, saya ucapkan yang terbaik untuk anda di Terbuka Malaysia. Bagi saya jika bukan pemain Malaysia yang menjuarainya, saya berharap andalah yang menang, lawanku yang terhebat.
"Lin Dan telah menang dengan hebat terhadap Chou Tien Chen semalam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2019
Chong Wei berkata beliau sangat berbesar hati apabila mendapat kata-kata semangat daripada Lin Dan. - Gambar fail/BERNAMA
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Chong Wei sedia sahut cabaran Lin Dan
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bersedia menyahut cabaran seteru utamanya, Lin Dan untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo, 2020 sekali gus melengkapkan aksi 20 tahun di pentas Olimpik itu.