awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peguam Nick Reiner tarik diri daripada kes bunuh
EPL: Burnley ikat Manchester United 2-2, Fletcher raih seri pertama
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chong Wei tetap persiapkan untuk ke Siri Super Akhir Dubai - Hendrawan

Astro Arena
Astro Arena
25/11/2016
13:05 MYT
Chong Wei tetap persiapkan untuk ke Siri Super Akhir Dubai - Hendrawan
Siri Super Akhir Dubai menjadi pertandingan terakhir dalam kalendar Chong Wei tahun ini. - Gambar fail
Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei, tetap berada di dalam keadaan bersedia, meskipun penyertaannya di kejohanan Siri Super Akhir Dubai, masih belum dimuktamadkan.
Itu jaminan yang diberikan oleh jurulatih perseorangan negara, Hendrawan.
Chong Wei sebelum ini dibelenggu kecederaan hamstring dan terpaksa menarik diri daripada beberapa kejohanan.
Ia termasuk dua kejohanan bulan ini iaitu Terbuka China dan juga Terbuka Hong Kong.
Siri Super Akhir Dubai menjadi pertandingan terakhir dalam kalendar Chong Wei tahun ini, dan dia tetap dipersiapkan dengan sebaik mungkin.
"Mahu atau tidak mahu, dia harus dipersiapkan. Secara jujurnya, dari segi persediaan masih belum mencapai 100 peratus, tetapi nanti kami akan menilai kembali bagaimana keadaannya.
"Jika Chong Wei menyertai Siri Super Akhir Dubai, kami akan mempersiapkannya dengan sebaik mungkin," jelas Hendrawan.
Hendrawan turut menjelaskan dia masih belum mendapat sebarang pengesahan terkini mengenai pembabitan Chong Wei di Dubai.
Kejohanan penutup musim itu menyaksikan hanya lapan pemain terbaik akan mengambil bahagian, berdasarkan kutipan mata daripada 12 pertandingan Siri Super tahun ini.
Namun, masih ada beberapa ketetapan pertandingan yang perlu dipatuhi selain mengambil kira keputusan, dan pungutan mata pemain lain di Terbuka Hong Kong.
"Melihat daripada peraturan, seseorang pemain perlu menyertai Siri Super sebanyak lapan kali, tetapi peraturan itu tidak dilengkapkan oleh Chong Wei, kerana dia hanya beraksi sebanyak enam kali.
"Wildcard pula hanya akan diberikan kepada pemenang pingat emas di Sukan Olimpik 2016. Bagaimanapun, kami akan menelitinya semula nanti."
Topic Berkaitan
#badminton
#Lee Chong Wei
#Siri Super Akhir Dubai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan