awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chow Kwai Lam, bekas ketua jurulatih bola sepak negara, meninggal dunia

Bernama
Bernama
16/07/2018
09:34 MYT
Chow Kwai Lam, bekas ketua jurulatih bola sepak negara, meninggal dunia
Bekas ketua jurulatih bola sepak negara, Chow Kwai Lam meninggal dunia hari ini akibat sakit tua. - Foto Sinar Harian
Bekas ketua jurulatih pasukan bola sepak negara, Chow Kwai Lam meninggal dunia hari ini akibat sakit tua.
Chow, 76, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11 pagi tadi di Hospital Ampang Puteri di samping anggota keluarga.
"Ayah saya meninggal dengan tenang. Semua anak dan ahli keluarga ada bersamanya," kata Carey, anak sulung mendiang, ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurut Carey, ayahnya dimasukkan ke hospital sejak tiga hari lalu selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.
Mendiang Chow, pemain bola sepak kebangsaan era 60-an hingga awal 70-an, merupakan bekas ketua jurulatih pasukan Malaysia, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, pasukan bawah 23 tahun Malaysia dan kelab Singapura, Tampines Rovers serta Paya Lebar Punggol.
Beliau membimbing pasukan Kuala Lumpur memenangi tiga kejuaraan Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut, satu kejuaraan liga, naib juara Piala FA dan juara Piala Sumbangsih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas ketua jurulatih
#Carey
#Chow Kwai Lam
#Hospital Ampang Puteri
#Kuala Lumpur
#meninggal dunia
#sakit tua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan