awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Stadium baharu di Thailand dikecam kerana trek larian bersudut tepat
Noor Azman tidak bersalah, kembali galas tugas Setiausaha Agung - FAM
Extra Joss Oren kembali, segar & bertenaga setiap hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CIMB, AirAsia tarik diri sebagai penaja Liga Malaysia 2021

Bernama
Bernama
27/11/2020
22:20 MYT
CIMB, AirAsia tarik diri sebagai penaja Liga Malaysia 2021
CIMB dan AirAsia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan penajaan bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021. -Bernama
KUALA LUMPUR:Dua syarikat swasta iaitu CIMB dan AirAsia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan penajaan bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021.
Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan berkata mereka menghormati keputusan kedua-dua syarikat berkenaan untuk tidak menyambung penajaan namun menegaskan perancangan bagi menghadapi Liga-M 2021 tetap berjalan seperti biasa.
Beliau memaklumkan MFL telah mengadakan pertemuan dengan wakil CIMB beberapa hari lepas berhubung isu penajaan dan mereka masih menunggu surat rasmi daripada bank berkenaan berhubung penamatan kerjasama antara kedua-dua pihak.
"Saya mewakili pihak MFL mahu mengambil kesempatan untuk melahirkan penghargaan kepada setiap penaja ini di atas sumbangan mereka kepada bola sepak negara ketika kita semua berdepan detik sukar dalam pandemik COVID-19 sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam perkembangan sama, Ab Ghani mengesahkan syarikat telekomunikasi Telekom Malaysia (TM) terus komited menjadi penaja utama Liga-M 2021 menerusi perjumpaan yang diadakan antara beliau, Presiden MFL Datuk Hamidin Mohd Amin bersama wakil pengurusan tertinggi TM pada 21 Sept lalu.
Sementara itu, beliau mengesahkan bahawa MFL sedang mengadakan rundingan dengan beberapa penaja baharu yang menyatakan minat untuk menjadi penaja Liga-M musim hadapan.
"Saya mewakili MFL juga sentiasa mendoakan kepada setiap rakan kongsi dan kelab yang bermain dalam Liga-M 2021 akan cekal teruskan perjuangan walaupun terpaksa mengharungi cabaran yang getir demi memajukan liga tempatan," jelas Ab Ghani.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Malaysia
#AirAsia
#CIMB
#bola sepak
#COVID-19
#Liga-M
#Ab Ghani Hassan
#MFL
#Liga Bola Sepak Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan