City pecah rekod perpindahan EPL tandatangani Grealish

Astro Arena
Ogos 6, 2021 01:58 MYT
Selepas menjaringkan enam gol dan menghasilkan 10 assist sepanjang 26 penampilan musim lalu, Grealish kini mengambil keputusan untuk ke Manchester. - Foto Astro ARENA
JACK Grealish telah menyempurnakan perpindahan pecah rekod Liga Perdana Inggeris (EPL) ke Manchester City dengan yuran perpindahan yang dilaporkan bernilai GBP100 juta.
Pemain kebangsaan England, Grealish, menikmati sepanjang karier di Aston Villa dan bergelar kapten sejak 2019.
Pemain berusia 25 tahun itu menjadi watak penting dalam membantu Villa kekal beraksi dalam EPL, dan telah dikaitkan bakal berhijrah ke Manchester United.
Dia kemudian melanjutkan kontrak tetapi selepas menjaringkan enam gol dan menghasilkan 10 assist sepanjang 26 penampilan musim lalu, Grealish kini mengambil keputusan untuk ke Manchester.
Skuad Man City kendalian Pep Guardiola telah memecah rekod perpindahan termahal Britain -- yang dilakar oleh United ketika mendapatkan khidmat Paul Pogba pada Ogos 2016.
Grealish menandatangani kontrak enam tahun dan berkata, "Saya sangat gembira kerana menyertai Manchester City.

HE'S HERE! We are delighted to announce the signing of @JackGrealish on a six-year deal. Welcome to City, Jack! #ManCity | https://t.co/axa0klD5re pic.twitter.com/5Y3gMREmKL

— Manchester City (@ManCity) August 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"City adalah pasukan terbaik England dan dibimbing pengurus yang dianggap sebagai terbaik dunia - ia merupakan impian menjadi kenyataan untuk menjadi sebahagian daripada kelab ini.
"Sepanjang 10 musim lalu, mereka telah meraih trofi secara konsisten. Pep telah membawa pasukan ini ke tahap yang lebih tinggi dan memperkenalkan permainan yang cukup menarik di Eropah."
#EPL #England #Britain #Liga Perdana Inggeris #Manchester City #Manchester United #Jack Grealish #perpindahan #pecah rekod #perpindahan termahal #kontrak