Anda peminat Liga Perdana Inggeris?
Ini peluang anda untuk menonton kelincahan Mohamed Salah, Harry Maguire dan Aubameyang di stadium Anfield, Old Trafford dan Emirates di United Kingdom!
Jika selama ini peminat Liga Perdana Inggeris di Malaysia hanya berpeluang menyaksikan perlawanan pasukan kegemaran secara langsung di rumah anda, kini anda boleh merebut peluang untuk merasai kehangatan perlawanan kegemaran anda dengan menyertai kempen anjuran Coca-Cola Malaysia dan Astro.
Kempen 'Kickstart Your Football Dreams' bakal memberi peluang kepada enam peminat bola sepak untuk terbang ke United Kingdom bagi menyaksikan pasukan kegemaran mereka berentap.
Menurut Pengarah Komunikasi Pemasaran Bersepadu Coca-Cola Singapura-Malaysia, Lim Kean Yew, Liga Perdana Inggeris mempunyai peminat yang ramai terutamanya dalam kalangan golongan muda.
“Kempen seperti ini dilakukan untuk kami mengetengahkan peminat bola sepak terutamanya dari golongan muda Malaysia, dapat menyatukan rakyat dan melakar pengalaman berharga dengan menyaksikan perlawanan secara langsung di stadium (United Kingdom),” katanya.
Menerusi kempen ini, Astro dan Coca-Cola Malaysia turut memberikan sebanyak 5,000 pas percuma Astro Sports Pack selama sebulan kepada peserta bertuah yang mengambil bahagian dalam peraduan yang sudah bermula sejak awal Ogos sehingga Oktober depan.
Ketua Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay berkata pihaknya teruja menjadi rakan kongsi Coca-Cola bagi musim Liga Perdana Inggeris ini.
“Selain membawakan liputan secara langsung, semua perlawanan turut dapat dinikmati oleh menerusi hab Liga Perdana Inggeris yang baharu di kotak set mereka. Astro GO turut memberi peluang kepada peminat bola sepak untuk menonton kandungan eksklusif seperti perlawanan utama, susunan pemain dan gol mingguan," katanya.
Astro juga bakal bekerjasama dengan Coca-Cola Malaysia bagi menyediakan notifikasi berkaitan perlawanan secara langsung dengan maklumat terbaharu mengenai Liga Perdana melalui platform media sosial Stadium Astro.
Pelbagai tawaran yang disediakan bagi menambahkan lagi kehangatan musim Liga Perdana Inggeris yang bakal menjelang Sabtu ini.
Sebanyak 30,000 hadiah yang menarik untuk dimenangi seperti cenderamata edisi khas Coca-Cola x EPL, baucar Grab dan sebagainya. Bukan itu sahaja, para peminat juga akan berpeluang untuk berjumpa dengan pemain legenda dari Liga Perdana Inggeris. Ingatlah untuk menyegarkan semangat bola sepak anda bersama Coca-Cola!
Untuk maklumat lebih lanjut tentang cara penyertaan dan hadiah yang menanti anda, sila layari laman web rasmi Coca-Cola Malaysia.
Faris Danial Razi
Wed Aug 21 2019

Astro dan Coca-Cola Malaysia turut memberikan sebanyak 5,000 pas percuma Astro Sports Pack selama sebulan kepada peserta bertuah yang mengambil bahagian dalam peraduan yang sudah bermula sejak awal Ogos. - Astro AWANI/ FARIS DANIAL

Speedy Tigers tekad tuai emas sulung di Sukan Asia, tiket ke Olimpik
Pasukan lelaki Malaysia telah bermain dalam kesemua 16 edisi sejak hoki membuat penampilan sulung di Sukan Asia pada 1958 di Tokyo, namun pingat emas yang diidam sentiasa terlepas daripada genggaman.

Kerajaan tidak tinggalkan agenda reformasi - PM Anwar
Beliau berkata demikian menjawab soalan Christiane Amanpour dari CNN mengenai kritikan oleh ahli partinya sendiri, Hassan Abdul Karim.

Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.

Kontinjen Malaysia diberi sambutan tradisional di Hangzhou
Sukan Asia ke-19 bakal menjadi tuan rumah kepada kira-kira 12,000 atlet dari 45 negara yang akan menyertai 481 acara daripada 40 sukan.

Sukan Asia: Shah Firdaus gagal pujuk Azizulhasni
Shah Firdaus berkata beliau telah cuba sedaya upaya meniup semangat kepada Azizulhasni namun usahanya menemui jalan buntu.

Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara
Bermula Jumaat, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kg pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.

Coca-Cola Malaysia bakal bawa peminat bola sepak tonton EPL di UK
Kempen 'Kickstart Your Football Dreams' bakal memberi peluang kepada enam peminat bola sepak untuk terbang ke United Kingdom.

Coca-Cola Malaysia bakal bawa peminat bola sepak tonton EPL
Kempen 'Kickstart Your Football Dreams' bakal memberi peluang kepada enam peminat bola sepak untuk terbang ke United Kingdom.

Peluang masih 50-50 - Unai Emery
Meskipun menang 3-1, pengurus Arsenal Unai Emery anggap peluang mereka ke final masih 50-50.

Kenapa Unai Emery jadi pilihan Arsenal?
Unai Emery sudah sedia dengan perancangan untuk membaiki prestasi pemain Arsenal yang sedia ada.

Aubameyang bakal sertai Arsenal
Arsenal bakal cipta rekod bayaran perpindahan baharu dengan pembelian Pierre-Emerick Aubameyang dari Dortmund.