awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar terima ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Turkiye
P.Pinang tersenarai antara destinasi terbaik untuk dilawati oleh CNN dan New York Times
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cole Palmer buat peminat Man United bersahur dengan air mata

Astro Arena
Astro Arena
04/04/2024
23:50 MYT
Cole Palmer buat peminat Man United bersahur dengan air mata
Aksi Palmer ketika menjaringkan gol ketiga pasukannya pada perlawanan EPL antara Chelsea dan Manchester United di Stamford Bridge, London, 4 Apr 2024. (Foto AP)
COLE Palmer menjaringkan hatrik penuh sensasi ketika Chelsea menjaringkan gol dua kali dalam minit-minit akhir masa kecederaan untuk mengatasi Manchester United 4-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge.
United mendahului 3-2 dan kelihatan bakal membawa pulang tiga mata namun Noni Madueke dijatuhkan Diogo Dalot pada minit ketujuh masa tambahan.
Palmer menjaringkan penalti untuk memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata, namun pengakhiran penuh dramatik bakal kunjung tiba.
Bekas pemain Manchester City -- seorang peminat United ketika membesar -- diberikan sedikit ruang untuk melepaskan rembatan mengatasi Andre Onana.
Chelsea mendahului 2-0 di awal permainan menerusi Conor Gallagher dan penalti Palmer dalam tempoh 20 minit pertama permainan.
Bagaimanapun, United menghasilkan kebangkitan dengan menjaringkan dua gol dalam separuh masa pertama -- hasil gol Alejandro Garnacho dan Bruno Fernandes sebelum bintang muda Argentina itu sekali lagi menemui jaring dalam separuh masa kedua.
Ia kelihatan seperti kekal begitu sehingga minit akhir masa kecederaan, namun dua gol dramatik Palmer memastikan tuan rumah melengkapkan kebangkitan yang penuh menakjubkan.
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Chelsea
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan