[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SPORTS

Conte berang Inter lambat panas

Astro Arena 23/11/2020 | 00:44 MYT
Reaksi Antonio Conte ketika perlawanan Serie A antara Inter Milan dan Torino di San Siro, Milan, Itali, 22 Nov, 2020. REUTERS
ANTONIO Conte tidak melepaskan Inter daripada kritikan walaupun menang 4-2 ke atas Torino dan berpandangan prestasi pasukan lebih buruk berbanding musim lalu.
Skuad kendalian Marco Giampaolo mendahului dalam separuh masa pertama di San Siro, hasil jaringan Simone Zaza dan bekas pemain Inter, Cristian Ansaldi, menggandakan kelebihan Torino pada minit ke-62.
Bermula daripada itu, Romelu Lukaku mencetus kebangkitan, menghasilkan lorongan buat Alexis Sanchez sebelum menampan masuk gol pada minit ke-67.
Penyerang Belgium itu menyempurnakan sepakan penalti enam minit sebelum tamat permainan sebelum Lautaro Martinez melengkapkan kemenangan.
Bagaimanapun, 60 minit pertama yang menyedihkan lebih menarik perhatian Conte dalam sidang media pasca perlawanan.
"Pendekatan kami bukanlah yang terbaik, saya tidak menyukai apa yang saya lihat," katanya. "Kita seharusnya lebih garang dan lebih berkesan.
"Saya faham ada kesukaran berkaitan dengan pemain yang kembali daripada tugasan antarabangsa.
"Namun kami perlu bekerja keras untuk meningkatkan tahap tumpuan kita. Berbanding dengan bagaimana kita menyelesaikan musim lalu, kita kehilangan banyak ini, jadi kita perlu mencari kegigihan itu semula."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Antonio Conte #inter milan #Torino