Copa America: Martinez selamatkan tiga penalti bawa Argentina ke final

Astro Arena
Julai 7, 2021 04:42 MYT
Pertemuan separuh akhir itu terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas gol Luis Diaz pada minit ke-61 memadamkan jaringan pembukaaan Lautaro Martinez buat Argentina. - Foto Stadium Astro
ARGENTINA dan Lionel Messi akan menentang Brazil dalam final Copa America selepas mengatasi Colombia secara dramatik 3-2 dalam penentuan penalti, terima kasih kepada aksi penuh cemerlang penjaga gol, Emiliano Martinez.
Tanpa masa tambahan, pertemuan separuh akhir itu terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas gol Luis Diaz pada minit ke-61 memadamkan jaringan pembukaaan Lautaro Martinez buat Argentina dalam babak pertama di Brasilia hari ini.
Martinez muncul wira dalam penentuan itu apabila menyelamatkan tiga sepakan penalti untuk membawa juara 14 kali, Argentina -- yang memburu kejuaraan pertama sejak 1993 -- ke final dan akan mencongak perhitungan blockbuster dengan seteru tradisi, Brazil, hujung minggu ini.
#Copa America #Lionel Messi #Argentina #Brazil #Colombia #penalti