awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Copa America: Messi ledak gol, Argentina di ambang penyingkiran

Astro Arena
Astro Arena
20/06/2019
04:31 MYT
Copa America: Messi ledak gol, Argentina di ambang penyingkiran
Messi menyumbat jaringan pada minit ke-57 selepas Argentina ketinggalan kepada gol yang disumbang oleh Richard Sanchez di Belo Horizonte. - Foto AP
Lionel Messi menjaringkan gol menerusi sepakan penalti tetapi Argentina berdepan penyingkiran dalam peringkat kumpulan selepas seri 1-1 dengan Paraguay, sebentar tadi.
Messi menyumbat jaringan pada minit ke-57 selepas Argentina ketinggalan kepada gol yang disumbang oleh Richard Sanchez di Belo Horizonte.
Penjaga gol Argentina, Franco Armani, mempamerkan aksi cemerlang apabila memastikan kedudukan kekal 1-1 apabila menampan keluar percubaan Derlis Gonzalez selepas Paraguay diberikan sepakan penalti pada minit ke-60.
Keputusan seri ini menyaksikan Argentina meraih mata pertama dalam Kumpulan B namun kekal sebagai pasukan tercorot di belakang Colombia, Paraguay and Qatar.
Selepas tewas 2-0 kepada Colombia dalam aksi pembukaan, Argentina mempamerkan persembahan yang lebih baik namun sukar mencari rentak apabila perlawanan kerap dihentikan kerana terjahan yang saling bertukaran di antara kedua-dua pasukan.
Messi memiliki peluang untuk meledak jaringan buat Argentina pada minit ke-34 tetapi sepakan percuma bintang Barcelona itu tidak memberikan sebarang masalah kepada penjaga gol Paraguay, Roberto Fernandez.
Ketika permainan lebih cenderung memihak kepada Argentina yang lebih kerap menyerang, Paraguay membuka jaringan sebelum tamat separuh masa pertama menerusi jaringan sulung Sanchez dalam pentas antarabangsa.
Pemain tengah Newcastle United, Miguel Almiron, yang melakukan larian daripada sayap kiri melakukan hantaran silang mencari Sanchez dalam kotak penalti.
Percubaan Lautaro Martinez menggegar palang enam minit selepas perlawanan bersambung, tetapi ia merupakan detik yang membawa ke jaringan penyamaan.
Argentina diberikan sepakan penalti selepas pengadil perlawanan mendapatkan bantuan VAR, ulang tayang menyaksikan bola terkena tangan Ivan Piris.
Messi tenang menyudahkan penalti untuk menyamakan kedudukan ketika mencetak jaringan yang ke-68 di pentas antarabangsa.
Argentina bakal membuat perhitungan dengan Qatar dalam aksi terakhir bagi merebut slot ke suku akhir, Isnin ini.
Topic Berkaitan
#Argentina
#Belo Horizonte
#Copa America
#Lionel Messi
#Paraguay
#Richard Sanchez
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan