[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
SPORTS

Coutinho cetus kebangkitan Villa

Astro Arena 16/01/2022 | 05:39 MYT
Aksi Philippe Coutinho selepas menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan EPL antara Aston Villa dan Manchester United di Villa Park, Birmingham, England, 15 Jan 2022. (Foto AP)
PHILIPPE Coutinho menjaringkan gol penyamaan pada penghujung permainan ketika melakukan debut, sekali gus membantu Aston Villa bangkit daripada ketinggalan dua gol, untuk seri 2-2 dengan Manchester United di Villa Park awal pagi tadi.
United kelihat memperoleh suntikan semangat hasil dua jaringan Bruno Fernandes, namun Villa bangkit pada 13 minit terakhir permainan.
Tuah ternyata menyebelahi United ketika membuka jaringan, kesilapan Emiliano Martinez membenarkan Fernandes menjaringkan gol kedua dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak September, tetapi bintang Portugal itu menggandakan jaringan dalam separuh masa kedua.
Ia kelihatan sudah memadai buat United, namun Jacob Ramsey menjaringkan gol kemudian melakukan lorongan buat pemain pinjaman Barcelona, Coutinho, menyelamatkan pasukan untuk seri dengan jaringan gol penyamaan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Philippe Coutinho #Liga Perdana Inggeris #Manchester United #Aston Villa