Jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong disahkan masih menghidap jangkitan COVID-19 selepas hampir sebulan menjalani tempoh pengasingan dan rawatan di Hospital Sibu, Sarawak sejak 16 Mac lepas.
Pemegang rekod kebangsaan dengan catatan balingan sejauh 67.01 meter (m) itu berkata sampel ujian COVID-19 terbaharu yang diambil semalam menunjukkan keputusan positif.
Menurut Jackie, 27, meskipun disahkan masih positif, tahap kesihatannya bertambah baik dari semasa ke semasa dengan beberapa gejala seperti selesema dan batuk telah berkurangan.
Bagaimanapun, pemenang pingat perak Sukan SEA Filipina 2019 itu berkata penyakit asma yang dihidapi mungkin sedikit mempengaruhi tahap kesihatannya, namun keadaan itu sehingga kini tidak memerlukan beliau menggunakan alat bantuan pernafasan.
"Saya tidak dapat pastikan sudah tujuh atau lapan kali ujian dilakukan ke atas saya sejak masuk ke sini (Hospital Sibu). Ujian paling terbaharu adalah semalam dan pada tengah hari tadi doktor sahkan keputusannya positif.
"Gejala seperti batuk masih ada sehingga kini tapi semakin berkurangan. Setakat ini kesihatan saya semakin meningkat cuma asma saya mungkin sedikit menyukarkan keadaan tetapi ia masih terkawal tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Jackie merupakan atlet negara pertama disahkan positif COVID-19 selepas dipercayai dijangkiti menerusi bapanya yang turut disahkan positif dan kini sedang menjalani rawatan di hospital sama.
Dalam pada itu, Jackie berkata beliau perlu disahkan negatif dalam dua ujian yang dijalankan secara berturut-turut sebelum dibenarkan keluar daripada hospital selepas ini.
"Biasanya ujian dilakukan antara empat atau lima hari sekali bergantung kepada keadaan saya dan dengan dua keputusan negatif berturut-turut baru saya boleh dibenarkan pulang. Jadi saya hanya perlu banyak bersabar dan berdoa untuk dua ujian selepas ini.
"Kekuatan saya untuk terus bersabar dan melawan wabak COVID-19 ini adalah ahli keluarga yang menunggu kepulangan saya di rumah. Saya harap saya dan ayah segera sembuh dan kami boleh sama-sama pulang ke pangkuan keluarga," katanya.
Terdahulu, keputusan sampel ujian kali ketiga Jackie pada 28 Mac menunjukkan keputusan negatif, namun beliau terpaksa melupakan hasrat pulang ke rumah selepas ujian kali keempat pada 30 Mac didapati positif.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 14 2020

Jackie merupakan atlet negara pertama disahkan positif COVID-19 selepas dipercayai dijangkiti menerusi bapanya yang turut disahkan positif dan kini sedang menjalani rawatan di hospital sama. - Gambar fail/Foto Astro AWANI
![AWANI 7:45 [17/04/2021]: Hanya gejala ringan | Lengkapkan siasatan | Harga ayam naik sejak Ramadan AWANI 7:45 [17/04/2021]: Hanya gejala ringan | Lengkapkan siasatan | Harga ayam naik sejak Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900296/7697252161618665555938_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [17/04/2021]: Hanya gejala ringan | Lengkapkan siasatan | Harga ayam naik sejak Ramadan
Saksikan #AWANI745 untuk berita terkini dalam dan luar negara bersama Luqman Hariz penyampai dan Essan Yahya. Fokus #AWANI745 malam ini: - Polis buru dalang pembikinan dua video judi dalam talian. - Pengetua sekolah pertahan keputusan sukan berasaskan kaum. - Tujuh jam masak serunding tradisional jadi tarikan pelanggan.

Agenda AWANI Asia: Ke arah rejuvenasi digital usahawan mikro, PKS
Bagaimana usahawan mikro, PKS bangkit dalam fasa pandemik, dan apa jenis inovasi yang diambil usahawan untuk mengoptimumkan teknologi digital bagi memastikan kelangsungan pengoperasian dan perniagaan?

Kertas siasatan Neelofa dan PU Riz dirujuk Peguam Negara minggu depan
Polis akan melengkapkan kertas siasatan selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara minggu depan.

Video Judi | Polis buru lelaki dipercayai dalang
Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai dalang kepada pembikinan dua video judi raya secara dalam talian yang tular di media sosial sejak semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, lelaki berusia 35 tahun itu dikehendaki kerana terlibat dalam sebaran video mempromosikan perjudian atas talian.

COVID-19 | Perlu cekap urus kewangan syarikat
Loh Kok Chow tidak terkecuali menerima tempias pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP. Kedainya yang menjual peralatan elektrik di bandar Tawau itu hampir gulung tikar. Namun, kekurangan fizikal sebagai oku diketepikan hingga dia mampu mempertahankan perniagaannya dengan kecekapan pengurusan kewangan.

COVID-19 | 2,331 jangkitan baharu, Selangor dan Kuala Lumpur rekod 1,003 kes
Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus mencecah empat angka dengan jumlah kes positif yang dilaporkan dalam tempoh 24 ialah sebanyak 2,331 kes, Jumlah berkenaan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sehingga kini ialah sebanyak 372,859 kes. Daripada jumlah berkenaan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan 751 kes menjadikan negeri tertinggi diikuti Sarawak (512) dan Kuala Lumpur (252).

SOP bazar Ramadan: Penganjur harap PBT dapat bantu buat pemantuan
Kawalan pergerakan keluar dan masuk yang lemah serta tindakan menyerbu oleh pelanggan di bazar Ramadan pada waktu puncak dikatakan menjadi punca mengapa SOP tidak dapat dipatuhi.

Pukul Pengawal Puasa | Kertas siasatan dirujuk pejabat Peguam Negara Isnin ini
Kertas siasatan berhubung kes pengawal peribadi dipukul kerana berpuasa oleh majikannya akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada Isnin depan.Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, ketika ini kertas siasatan hampir selesai.

Serunding | Pengusaha kekal secara tradisional
Di saat pengusaha lain sudah menggunakan teknologi moden untuk menghasilkan serunding, seorang pengusaha dari Kampung Paloh, Palekbang, Tumpat masih mengekalkan cara tradisional iaitu menggunakan dapur kayu. Mohd Zikri Azemi Zaidi, 33 tahun, hanya menggunakan tulang empat kerat untuk mengacau serunding dengan haruman aroma kayu api, walaupun memakan masa hampir tujuh jam.

Calon berkemahiran lebih laku berbanding kelayakan akademik, pengalaman - Kajian
Lebih banyak syarikat di Malaysia cenderung untuk mengupah calon yang mempunyai kemahiran berbanding kelayakan akademik atau pengalaman bekerja.

COVID-19: Keputusan ujian terbaharu jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong positif
Jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong disahkan masih menghidap jangkitan COVID-19 selepas hampir sebulan menjalani tempoh pengasingan dan rawatan di Hospital Sibu, Sarawak sejak 16 Mac lepas.