awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MB Perlis dibenarkan keluar hospital
Jumlah bayi lahir hidup di Filipina merosot kepada sekitar 1.36 juta pada 2024
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lapan lagi pemain positif di Akademi Badminton Malaysia

Bernama
Bernama
23/04/2021
13:24 MYT
COVID-19: Lapan lagi pemain positif di Akademi Badminton Malaysia
Kesemua 14 pemain yang dijangkiti virus itu, telah dihantar ke pusat kuarantin, sementara selebihnya yang dikategorikan sebagai kontak rapat juga telah diasingkan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Lapan pemain pelapis badminton kebangsaan didapati positif COVID-19 selepas ujian saringan dijalankan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Selasa lepas.
Sebelum ini, enam pemain diuji positif virus COVID-19 minggu lepas.
Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh berkata tindakan pantas telah diambil bagi mengekang penularan wabak berkenaan berdasarkan cadangan Kementerian Kesihatan dan Institut Sukan Negara.
Beliau berkata kesemua 14 pemain yang dijangkiti virus itu, telah dihantar ke pusat kuarantin, sementara selebihnya yang dikategorikan sebagai kontak rapat juga telah diasingkan.
"Kira-kira 91 individu terdiri daripada pemain, jurulatih dan kakitangan sokongan akan menjalani satu lagi sesi ujian saringan esok, dan kami berharap tiada lagi kes positif. Nasib baik, tidak ada pemain elit yang positif, buat masa ini.
"Namun, kami akan terus memantau gejala dan kesihatan pemain. Kami juga akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi setiap masa," kata Kenny ketika dihubungi, sambil menambah bahawa ABM telah beberapa kali disanitasi sejak seminggu lepas sebagai langkah berjaga-jaga,
Minggu lepas, BAM memaklumkan bahawa latihan berasaskan kuarantin akan diperkenalkan semula di pusat kecemerlangan badminton negara itu berikutan jangkitan virus tersebut manakala aktiviti persekolahan akan dijalankan secara dalam talian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemain badminton
#positif COVID-19
#ABM
#Akademi Badminton Malaysia
#saringan
#pemain pelapis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan