awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026

COVID-19: Stadium Bolasepak Kuala Lumpur boleh anjur perlawanan

Astro Arena
Astro Arena
08/07/2021
22:52 MYT
COVID-19: Stadium Bolasepak Kuala Lumpur boleh anjur perlawanan
Stadium Cheras tidak termasuk dalam PKPD Lokaliti yang ditetapkan MKN, bermakna Kuala Lumpur City dan PDRM boleh menggunakan stadium tersebut. - Foto Astro ARENA
KUALA Lumpur City boleh menarik nafas lega apabila gelanggang keramat mereka di Cheras tidak termasuk dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Lokaliti.
Situasi ini kembali memudahkan skuad kendalian Bojan Hodak itu selepas berkampung di Seremban hampir seminggu.
Ia dijelaskan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ghani Hassan, kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, sekali gus membawa berita baik buat kelab Liga Perdana, PDRM, yang turut menggunakan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sebagai venue mereka.
"Stadium Cheras tidak termasuk dalam PKPD Lokaliti yang ditetapkan MKN (Majlis Keselamatan Negara), kami telah mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa.
"Ini bermakna Kuala Lumpur City dan PDRM boleh menggunakan stadium tersebut.
"Cuma menjadi masalah sekarang ini ialah di peringkat Petaling Jaya City, Selangor, Selangor II dan UiTM," katanya dalam temu bual maya semalam.
Dua perlawanan tertunda yang melibatkan Perak II bertemu Kelantan serta Selangor II berdepan Sarawak United bakal dijalankan pada 17 Julai depan.
"Kedua-dua perlawanan ini akan diadakan lebih awal daripada jadual permulaan liga (24 dan 25 Julai ini).
"Tetapi ia bergantung kepada keadaan semasa."
Sumber Facebook kualalumpurcityfootballclub
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur City
#perlawanan tertunda
#gelanggang
#PKPD
#COVID-19
#Seremban
#Kuala Lumpur
#stadium
#venue
#Ghani Hassan
#MFL
#Stadium Cheras
#MKN
#Petaling Jaya
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.