SUKAN

Cristiano Ronaldo dipelawa sertai kelab Arab Saudi

Astro Arena 25/11/2022 | 23:50 MYT
Reaksi Ronaldo ketika mendengar lagu kebangsaan Portugal berkumandang sebelum bermula perlawanan Piala Dunia kumpulan H antara Portugal dan Ghana di Stadium 974, Doha, Qatar, 24 Nov 2022. (Foto AP)
CRISTIANO Ronaldo masih mempunyai masa depan untuk beraksi dalam kancah Arab Saudi walaupun pernah menolak tawaran mereka, menurut menteri sukan negara itu yang turut memujinya sebagai pemain contoh.

Kapten Portugal itu kini tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas bersetuju menamatkan kontraknya dengan Manchester United berikutan temu bual kontroversialnya di sebuah rancangan.

Ia menamatkan penggal keduanya yang serba tidak kena di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, tetapi sepatutnya boleh dielakkan sekiranya penyerang tersebut dilepaskan lebih awal.

Antara tawaran terawal hadir daripada sebuah kelab di sana dan Menteri Sukan Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Turki Al-Faisal, menyokong langkah untuk membawa pemain tersohor tersebut ke negara berkenaan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

“Sebarang kemungkinan boleh terjadi,” katanya kepada BBC Sport.

“Saya ingin melihat Ronaldo beraksi dalam liga Saudi.

"Ia akan memberi manfaat kepada liga, ekosistem sukan di Saudi dan ia mampu memberi inspirasi buat pemain muda akan datang. Dia merupakan contoh kepada ramai kanak-kanak dan mempunyai peminat yang ramai."




#Cristiano Ronaldo #Arab Saudi #piala dunia qatar #Putera Abdulaziz Turki Al-Faisal