[TERKINI] Helikopter PDRM Terhempas di Gelang Patah – Dua Anggota Polis Kritikal. Ikuti Laporan Penuh di Sini.
SPORTS

Cristiano Ronaldo ledak hatrik lagi

Astro Arena 03/04/2024 | 00:35 MYT
Cristiano Ronaldo menjaringkan hatrik kedua dalam tempoh empat hari ketika Al-Nassr menumpaskan lawan Liga Pro Saudi, Abha 8-0.
CRISTIANO Ronaldo menjaringkan hatrik kedua dalam tempoh empat hari ketika Al-Nassr menumpaskan lawan Liga Pro Saudi, Abha 8-0.

Ronaldo sekali lagi merekodkan tiga gol dalam separuh masa pertama ketika menentang lawan yang berada dalam kelompok pasukan tercorot liga.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Hatrik terbaharunya menyusuli jaringan tiga gol ketika Al-Nassr menewaskan Al Tai 5-1 Sabtu lalu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane turut menjaringkan gol, bersama Abdulmajeed Al-Sulaiheem, apabila Al Nassr memimpin 5-0 pada separuh masa.

45 minit berikutnya terbukti ia merupakan perlawanan yang menyebelahi Al-Nassr apabila tiga lagi berjaya terhasil menerusi Abdulrahman Ghareeb dan dua gol daripada Abdulaziz Saud Al Aliwa. - Stadium Astro



#Cristiano Ronaldo #Liga Pro Saudi #Al-Nassr #Abha