CRISTIANO Ronaldo berasakan bahawa dia dikhianati oleh tokoh senior di Manchester United selain tidak menghormati pengurus kelab, Erik ten Hag, untuk mengharungi musim bergelora di Old Trafford ketika ini.
Ronaldo, yang merupakan penjaring terbanyak buat The Red Devils dengan 24 gol musim lalu, dilaporkan sempat meminta untuk meninggalkan kelab itu berikutan kegagalan mereka melayakkan diri ke Liga Juara-Juara (UCL), lantas pemain berusia 37 tahun tersebut kurang dipedulikan oleh Ten Hag.
Ronaldo disisihkan sementara daripada aktiviti pasukan utama bulan lalu selepas keengganan dimasukkan sebagai pemain gantian dalam kemenangan 2-0 ke atas Tottenham, dan dia hanya melakar satu gol Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Sebelum menyertai Portugal ke Qatar untuk penampilan Piala Dunia kelimanya dan mungkin terakhir, Ronaldo percaya bahawa tokoh senior di Old Trafford termasuk Ten Hag ingin menyingkirkannya.
Ditanya sama ada dia berasakan seperti dihalau daripada Old Trafford, Ronaldo dalam rancangan Piers Morgan Uncensored menjelaskan: "Ya, bukan sahaja jurulatih, malah dua atau tiga lagi individu di kelab ini yang saya rasa telah mengkhianati saya.
"Saya tidak sepatutnya mengatakan bahawa (mereka cuba menyisihkan saya), saya tidak pasti tetapi ya, saya rasa dikhianati. Saya berasakan sesetengah orang tidak mahu saya di sini, bukan sahaja tahun ini tetapi tahun lepas juga."
Ten Hag lebih gemar memberikan peluang kepada pemain seperti Marcus Rashford, Anthony Martial dan Anthony Elanga di jentera serangan United musim ini dan hanya memulakan Ronaldo dalam empat perlawanan EPL.
Bulan lalu, Ten Hag berkata dia memilih untuk tidak mempertaruhkan Ronaldo dalam kekalahan 3-6 kepada seteru Manchester City kerana faktor hormat, manakala penyerang Portugal itu mempamerkan reaksi jengkel dengan keputusan pengurus berbangsa Belanda berkenaan bertindak menggantikannya ketika menentang Newcastle United, dua minggu kemudian.
Ditanya mengenai hubungannya dengan Ten Hag, Ronaldo menambah: "Saya tidak menghormatinya kerana dia tidak menunjukkan rasa hormat terhadap saya.
"Jika anda tidak menghormati saya, saya tidak akan menghormati anda."
Astro Arena
Mon Nov 14 2022

Reaksi Ronaldo ketika perlawanan EPL antara Aston Villa dan Manchester United di Villa Park, Birmingham, Britain, 6 Nov 2022. - Gambar fail REUTERS

Saham YTL Power naik selepas umum kerjasama dengan TNB bekal elektrik ke Singapura
Saham YTL Power International Bhd naik 1.5 sen kepada 74.5 sen selepas ia mengumumkan kerjasama dengan unit TNB untuk membekalkan 100 megawatt (MW) elektrik dari Malaysia ke Singapura.

Tiada penghantaran jet ke Ukraine - Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin berkata bahawa beliau tidak akan meluluskan penghantaran jet pejuang F-16 ke Ukraine.

Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
Soal pemilihan calon yang diketengahkan pada pilihan raya diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti itu.

Op Limau: 905 individu ditahan disyaki terlibat perjudian
Kesemua tangkapan itu membabitkan 137 serbuan bagi tempoh 15 hingga 29 Jan lepas.

Ringkas SPUTNIK: Kaedah selesai konflik perlu diterima bersama
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

AWANI Ringkas: Kekurangan guru masih berlaku
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ipoh bandar paling murah bagi pendidikan antarabangsa di Asia - Datuk Bandar
China terus mendominasi sebagai negara paling mahal di Asia untuk sekolah antarabangsa.

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

Cancelo, City terlerai kasih
City mengumumkan Joao Cancelo bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga 61.5 juta pound (RM322 juta).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

Ronaldo gagal bantu Al Nassr
Ronaldo, yang kemarau gol sepanjang dua perlawanan bersama Al Nassr, akan bertandang ke Al Fateh pada 3 Februari depan.

Cristiano Ronaldo ketuai Al Nassr ke puncak Liga Pro Saudi
Ronaldo membuat penampilan sulung dengan mengetuai pasukan baharunya itu ketika menentang Al Ittifaq.

Ronaldo jaring dua gol di Riyadh tapi Messi, Mbappe pacu kemenangan PSG
Cristiano Ronaldo menjaringkan dua gol tetapi Lionel Messi dan Kylian Mbappe memastikan kemenangan 5-4 Paris Saint-Germain (PSG) ke atas Riyadh All-Stars.

Jutawan Arab Saudi bayar AS$2.6 juta untuk lihat Ronaldo, Messi di Riyadh
Seorang jutawan perniagaan Arab Saudi memenangi tiket amal yang dilelong pada harga 10 juta riyal (AS$2.66 juta) bagi perlawanan persahabatan di Riyadh.

Penampilan pertama Ronaldo bersama Al Nassr
Bekas bintang Juventus, Real Madrid dan Sporting Lisbon itu sebelum ini diikat gergasi Arab Saudi dengan kontrak sehingga 2025.

'Ketibaan Ronaldo ke Al Nassr sama seperti Pele berhijrah ke Cosmos' - Garcia
Pemain kebangsaan Portugal itu masih belum membuat penampilan sulung kerana penggantungan domestik yang dilakukan sejak di United.

Jurulatih Al-Nassr harap Ronaldo temui keseronokan semula
Garcia berharap agar pemain bola sepak berusia 37 tahun itu mampu tersenyum semula selepas menyertai Al-Nassr.

Al-Nassr tunda perlawanan akibat bekalan elektrik
Mereka yang berkumpul di Stadium Universiti King Saud itu terpaksa menangguhkan hajat mereka berikutan perlawanan terpaksa ditunda.

'Di Eropah, tugasan saya sudah selesai...' - Ronaldo
Ronaldo menyertai Al Nassr minggu lalu dengan perjanjian 2.5 tahun yang dianggarkan bernilai lebih 200 juta Euro.

Howe nafi klausa Cristiano Ronaldo ke Newcastle United andai layak ke UCL
Pemain itu diperkenalkan oleh kelab Arab Saudi berkenaan malam tadi selepas menandatangani perjanjian selama dua setengah tahun.